CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 23 Oktober 2011

Jom Bersantai Bersama Herna Diana


Sebagai tanda penghargaan HD pada semua peminat karya HD...HD akan anjurkan satu program khas untuk anda

Program : Jom Bersantai Bersama Herna Diana
Tempat : Astaka, Taman Tasik Titiwangsa
Tarikh : 27 November 2011
Hari : Ahad
Masa : 8.45pg - 12.00tgh
Pakaian : Kasual
Turut bersama: Novelis Liyana Zahim & Elin Nadia
Bayaran : PERCUMA

Kepada sesiapa yg berminat sila kirimkan butiran diri (Nama, Alamat, No K.P & No. Tel) ke email HD: herna.diana80@gmail.com

Tempat hanya terhad utk 100 org yg pertama daftarkan nama...so siapa cepat dia dapat. JOM BERSANTAI BERSAMA HERNA DIANA (^_^)

Rabu, 5 Oktober 2011

Sinopsis Akhirnya Aku Kahwin!


Ini sinopsisnya...(^_^)

BLURB NOVEL AKHIRNYA AKU KAHWIN! - HERNA DIANA

Didi gadis ‘comel’ yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering diperma...inkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Kata-kata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya ‘Debab’. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom.

Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat^Di^Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?

Akhirnya Aku Kahwin!

hehehe...teruja tak tengok tajuk kat atas tu???
inilah karya terbaru dari HD...AKHIRNYA AKU KAHWIN!
jgn lupa dptkan di pasaran ye..pastikan yg ORIGINAL!
kalau yg berminat nak order terus dgn HD pun boleh...
sila email HD di: send2me_nani@yahoo.com
inilah cover novel terbaru HD (^_^)