CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 5 Oktober 2011

Sinopsis Akhirnya Aku Kahwin!


Ini sinopsisnya...(^_^)

BLURB NOVEL AKHIRNYA AKU KAHWIN! - HERNA DIANA

Didi gadis ‘comel’ yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering diperma...inkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Kata-kata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya ‘Debab’. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom.

Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat^Di^Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?

13 ulasan:

Zaf98 berkata...

huhuu~ mcm best jekk~ nanti nk beli laa..

Eera Shera berkata...

goodluck untuk baby baru ni

Reena Sidek berkata...

Tahniah.... novel baru... nanti sy beli... :)

Marhaen Dictionary berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Marhaen Dictionary berkata...

dah habis baca novel ni dalam masa satu hari saja. nangis kerana menyampah!! menyampah dgn kecomelan dan kecomelan cerita ni! dah nak habis tu sy baca sambil ketuk2 dada sebab sangat sweet! and doakan dapat someone macam syafizi :D (harap maaf, kerana sy mmg seorang yg terlalu sensitif, baca apa2 pun menangis.) sy suka novel ni :) keep it up. <3

Herna Diana berkata...

Zaf98...beli jgn x beli...hehehe
Eera Shera..tqvm :)
masz86...tqvm :)
atka jafar...mcm2 perasaan ada ye..hehehe...tqvm :)

norma yusof berkata...

saya dah baca novel ini..terus terang saya cakap novel nie best sgt2..saya nantikan keluaran akk yg terbaru..

^tifaNee^ berkata...

sya dah beli.. mmg best..! pling best wktu watak syafizi muncul.. suka sgat2... !mmg tak rugi baca buku ni.. terbaek..!

Tanpa Nama berkata...

saya dah baca novel ni... saya suka gaya penulisan HD yg santai... sangat best!!!

AdaM Hawa berkata...

petang semalam baru habis membaca.. best! best! santai..

~yAyA mAr!a~ berkata...

best! cinta tiga suku pun best. akhirnya aku kahwin pun best. kak HD memang best. tak sabar nak tgu 'baby' ke3. good luck kak HD sepanjang berkarya.

Unknown berkata...

Salam kak :')) baru lepas baca novel ni. tahu agak ketinggalan tapi serikisly cerita ni mmg bg semangat dgn org comel mcm sy then how sweet ending dia tu. sy harap dpt jumpa kakak di dunia realiti. n kalau boleh nk ckp dgn akak scara provate sbb sgt tertarik dgn cara penulisan dn jln crta akak. tahniahh. twitter: @dcayazzah facebook: Dayangku Nurazzah

Unknown berkata...

Seriously*