CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 23 Ogos 2013

MR. LONDON, MS. LANGKAWI

Assalamualaikum teman-teman tersayang,

Sekian lama HD menyepi dari blog ini. Bukan sengaja menyepi tetapi tuntutan waktu dan situasi tidak mengizinkan HD melepak bersenang-lenang di ruang blog ini. Alhamdulillah, segalanya telah selesai.
Entri terbaru ini, HD ingin kongsikan dengan anda semua, wajah novel terbaru HD yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Enjoy ok (^_^)v


Blurb: Mr. London, Ms. Langkawi

Aidid Mukhlis – Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus.  Dari kecil sudah menetap di luar negara, membuat jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.
Nurul Liyana – Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tetapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal.
Bila bertemu mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya…Nauzubillah.
“Macamlah bagus sangat Kota London dia tu,” ejek Liyana penuh jengkel.
“Memang bagus pun,” jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
“Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite….cer cite,” kata Liyana.
“Yang bagusnya, kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!”
Hmmm…asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi wujudkah keserasian dalan jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?

0 ulasan: