CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 1 Julai 2014

Rindu Awak 200%

Kawan-kawan,
Jangan lupa saksikan drama Rindu Awak 200%, adaptasi dari karya terbaik Novelis Liyana Zahim. Akan bersiaran di TV3, slot Akasia mulai 14 Julai 2014.


Salam Ramadan

Assalamualaikum, hai kawan-kawan.
Selamat menyambut bulan Ramadan. Selamat beribadah. Lapangkan hati, sucikan jiwa. Semoga kita semua beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini.
Bagi HD, kedatangan Ramadan kali ini, mampu untuk menarik nafas lega seketika. HD dapat juga siapkan manuskrip untuk novel baru sebelum Ramadan datang. Sekarang masih dalam peringkat penilaian oleh pihak editor. Semoga ada rezeki untuk manuskrip ini dinaskahkan. Insya-ALLAH.
Harap kawan-kawan semua sabar menanti kehadiran novel terbaru HD ya. Sementara itu buat mengisi masa lapang kawan-kawan, dapatkanlah novel-novel terbaik keluaran ALAF 21, hasil karya teman-teman penulis HD. Insya-ALLAH ada kelapangan HD akan berkongsi review novel-novel yang telah HD baca di sini.
Selamat berpuasa ya.



Jumaat, 23 Ogos 2013

MR. LONDON, MS. LANGKAWI

Assalamualaikum teman-teman tersayang,

Sekian lama HD menyepi dari blog ini. Bukan sengaja menyepi tetapi tuntutan waktu dan situasi tidak mengizinkan HD melepak bersenang-lenang di ruang blog ini. Alhamdulillah, segalanya telah selesai.
Entri terbaru ini, HD ingin kongsikan dengan anda semua, wajah novel terbaru HD yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Enjoy ok (^_^)v


Blurb: Mr. London, Ms. Langkawi

Aidid Mukhlis – Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus.  Dari kecil sudah menetap di luar negara, membuat jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.
Nurul Liyana – Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tetapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal.
Bila bertemu mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya…Nauzubillah.
“Macamlah bagus sangat Kota London dia tu,” ejek Liyana penuh jengkel.
“Memang bagus pun,” jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
“Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite….cer cite,” kata Liyana.
“Yang bagusnya, kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!”
Hmmm…asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi wujudkah keserasian dalan jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?

Sabtu, 3 November 2012

Peraduan Oh, Mama Tiriku!

Assalamualaikum kawan2,
Hurrmmm sedar x sedar dah hampir sebulan OMT berada di pasaran. Hati HD masih dup dap dup dap...hahaha...sabar je la...inilah perasaan setiap novelis setiap kali novelnya menjengah pasaran...apapun harapan HD, mudah2an OMT masih mampu membuat anda terus tersenyum seperti C3S & AAK. InsyaALLAH :)
Ok hari ni HD nak cerita pasal Peraduan Oh, Mama Tiriku! Bagi yang dah beli OMT tu, jangan lupa sertai peraduan ni ye...senang je...main posing2 dgn OMT pastu tangkap gambar pastu email kat HD okies :)
Kalau ada apa2 pertanyaan ttg peraduan ni, sila la mesej HD ok...pakat2 sertai tau...semoga berjaya :)


Khamis, 27 September 2012

Oh, Mama Tiriku!

Buat teman2 yang setia menanti novel terbaru HD selama ini, HD kongsikan full cover OMT untuk tatapan anda semua. InsyaALLAH kalau tak ada aral melintang, novel ini akan menjengah pasaran pada bulan depan. (^_^)v

Sinopsis Oh, Mama Tiriku! (OMT)

Assalamualaikum,
Kali ini, HD paparkan sinopsis untuk novel ke-3 HD yg bertajuk Oh, Mama Tiriku! (OMT)
Secara dasarnya, kisah di dalam OMT tidak terlalu menumpukan kepada percintaan orang dewasa. OMT lebih menumpukan ttg kisah kenakalan & naluri kasih sayang kanak2. Cinta itu luas. Bukan hanya orang dewasa yang memerlukan cinta tetapi kanak2 juga memerlukan cinta dan kasih sayang. Inilah yang HD cuba paparkan dalam novel ke-3 ini.
OMT adalah rentetan dari kisah di dalam novel Cinta 3 Suku (C3S). Jika C3S memaparkan kenakalan Iman, OMT adalah kisah kenakalan 2 anak saudara Iman brutal yg comel, Rayyan dan Ain. Rayyan, nakalnya saling tak tumpah seperti Iman manakala adiknya, Ain pula sentiasa perasan dirinya comel. OMT masih mengekalkan genre yg sama seperti 2 novel HD yg terdahulu, santai & gila2. Semoga OMT mampu menghadirkan senyuman di wajah teman2 semua. (^_^)v

BLURB OH, MAMA TIRIKU! - HERNA DIANA

Dr. Razif masih sukar untuk melupakan arwah Suhaila walaupun sudah empat tahun isterinya pergi. “Tempat Suhaila tiada siapa yang dapat menggantikannya.”

Iman melancarkan satu misi. Misi mencari jodoh buat Dr. Razif! Diperkenalkan Zulaikha yang berbudi pekerti dan cantik paras ru...

pa kepada abangnya itu. Bagi Dr. Razif, dia macam ‘tak masuk’ dengan gadis itu.

Hidup Dr. Razif dan anak-anak jadi huru-hara apabila bertemu dengan Ekin. Apatah lagi Ekin yang menjaga Rayyan dan Ain. Ada sahaja yang mereka gaduhkan. Si Ekin ni dengan budak-budak pun nak berkira. Masing-masing sengaja cari pasal. Makin naik angin Ekin apabila kedua-dua budak yang dipanggil ‘toyol kecik’ itu memanggilnya ‘witch’!

Zulaikha atau Ekin? Dalam mengharungi kehidupan yang tidak seia dan tidak sekata, tanpa sedar ada rasa yang memikat hati Dr. Razif.

Sabtu, 22 September 2012

OMT! ~ Coming soon

Anda rindu dengan karya HD? Nantikan kemunculan OMT! tidak lama lagi
Alhamdullilah novel ke-3 HD sudah melepasi tapisan editor...InsyaALLAH jika tiada aral melintang, novel ke-3 ini bakal terbit tidak lama lagi. Bagi yang mengikuti blog HD pasti terbaca entri Magnet Cinta & Secebis lagi contengan...novel ke3 ini adalah dari cebisan entri tersebut...dan novel ini adalah rentetan dari Cinta 3 Suku...cuma tajuknya telah bertukar kepada OMT!
Anda tertanya-tanya apa itu OMT? Hehe...InsyaALLAH HD akan berikan tajuk sepenuhnya sedikit masa lagi...harap sabar menanti
Okey, HD akan update lagi nanti bila OMT sudah sedia memasuki pasaran (^_^)v