CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 23 April 2011

Counting Days!!!

alahai..sekali lagi blog ni ku tinggalkan sekian waktu...berhabuk, bersawang jadinya...kesibukan dgn kerja menghadkan aku...malahan FB ku juga sudah lama x update...sekadar masuk jenguk2 apa yg patut saja...kepada yg masih menanti entri seterusnya C3S 2nd series...harap bersabar ye...keadaan kesihatan yang agak kurang memuaskan kebelakangan ini sedikit melambatkan aktiviti penulisanku...
aku kini menghitung hari..menanti 30hb April...saat dimana pertama kali aku akan menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC...wahhh teruja rasanya...berdebar2 pun ada jugak...macam mana agaknya keadaan di sana nanti...dulu2 selalu rasa teringin nak pergi pesta buku antarabangsa...tp x pernah ada peluang...alhamdullilah kali ini ada kesempatan...mudah2an kesampaian...
mudah2an segalanya berjalan lancar nanti...korang semua datang la beramai-ramai ke pesta buku nanti ye...jumpa di sana (^_^)

Rabu, 13 April 2011

Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2011

HD dah dapt jadual bertugas di pesta buku nanti...hurmmm ingatkan pergi lepak2 je...rupa2nya dapat juga peluang untuk bertugas pada pesta buku kali ni...alhamdullilah..harap2 dpt jumpa peminat2 C3S yg byk menyokong HD selama ni (^_^)

Ok ni jadual HD:

~ 30 April 2011 (Sabtu)
~ 10.00pg - 4.00ptg
~ Dewan Tun Ismail, PWTC

Jemput datang ramai2 yer...HD tunggu anda semua di sana. (^_^)

Rabu, 6 April 2011

Pesta Buku Antarabangsa ~ 22 Apr - 1 Mei 2011

Jom kita serbu PWTC ramai2...jadikan membaca budaya rakyat Malaysia..

Selasa, 5 April 2011

Magnet Cinta: Bab 1

     “Muhammad Rayyan Bin Mohd. Razif!!!” Lantang jeritan Iman memecah suasana hingar-bingar rumah banglo setingkat itu.
      Empunya diri yang dijerit tadi, terus kaku berdiri. Si kembar Izzati dan Insyirah turut menikus mendengar jeritan ibu mereka. Yang kedengaran hanya tangisan si adik, Nur Rania.
     “Ryan ni kenapa suka sangat menyakat adik? Maksu nak buat kerja kat dapur tu pun tak senang,” marah Iman kepada anak saudaranya. Nur Rania yang masih teresak-esak didukungnya. Dipujuk si kecil itu agar diam.
     “Mana ada Ryan usik adik. Orang tak buat apa-apa pun,” dalam takut-takut berani, petah pula dia menjawab.
     “Kalau tak usik kenapa adik menangis?” Garang Iman bertanya.
     “Mana Ryan tahu. Adik yang nangis. Maksu tanya la adik,” Rayyan semakin berani menjawab.
     Hmm...sama saja nampaknya perangai maksu dengan anak saudara. Suka menjawab dan kuat loyar buruk!
    Makin bulat mata Iman mendengar jawapan anak saudaranya baru masuk sekolah tadika itu. Tercabar ego dibuatnya dengan gelagat budak kecil itu. Makin angin Iman dibuatnya.
    “Ish! Budak ni...”
    “Apa yang riuh-rendah ni Iman?” Tegur Arie yang tiba-tiba muncul dikalangan mereka. Tangannya pantas mengambil Rania dari dukungan Iman.
   “Iman dah agak sarat tu. Tak elok selalu sangat dukung Rania ni,” ujar Arie perlahan. Iman tidak membantah.
    “Ala sayang paksu ni. Kenapa nangis ni?” Ujar Arie mesra pada anak saudaranya. Sisa airmata dipipi Rania dilapnya.
    “Abang uwat,” jawab Rania pelat. Arie tersenyum.
    “A’ah. Anak saudara sulung kesayangan paksu tu,” sampuk Iman geram.
    “Bukan anak saudara sulung kesayangan maksu jugak ke?” Arie mengusik isterinya. Iman terus sahaja menarik muncung.
    “Zati dan Syira pun sama. Kenapa tak jaga adik?” Kemarahan ditala pada si kembar pula.
    “Zati dan Syira memang sama bu. Kamikan kembar,” petah benar jawapan yang diberikan Insyirah.
    Senada dengan kakak kembarnya, Izzati turut sama mengangguk tanda menyokong kata-kata kembarnya. Makin kembang kepala Iman dibuatnya. Arie sudah berpaling ke arah lain menahan ketawa melihat gelagat isteri dan anak-anak mereka. Sama-sama jenis loyar buruk! Ikutkan hati mahu sahaja dilepaskan ketawanya namun bimbang pula dengan emosi roller coster sang isteri.
    “Amboi-amboi. Pandainya anak-anak ibu sejak masuk tadika ni ye,” ujar Iman mengetap gigi. Si kembar tersengih nakal.
    “Sudah-sudah. Janganlah buat ibu marah. Nanti ibu marah, siapa nak masak untuk kita,” Arie menyampuk. Cuba meredakan keadaan. Dia tahu Iman sudah naik angin.
    “Kalau maksu tak nak masak, kita makan KFC la paksu,” Rayyan kembali mencurah minyak. Arie tergelak kecil.
     “Ye la ayah. Jom kita makan KFC,” sokong Izzati pula. Rania yang masih di dalam dukungan Arie turut sama bertepuk tangan. Amboi yang kecil ni pun. Tadi bukan main lagi menangisnya.
     “Ya Allah! Sabarkanlah hatiku dengan hamba-hamba kecil-Mu ini,” ucap Iman sambil mengurut-urut dadanya. Arie tergelak sambil menggelengkan kepalanya. Gelihatinya melihat Iman melayan karenah anak-anak dan anak saudara mereka.
     “Okey hari ni kita pergi makan KFC tapi sebelum tu...”
     “Tapi apa paksu?” Pantas Rayyan bertanya.
     “Kita cuci kereta dulu. Okey?” Arie bertanya
     “Okey.” Serentak mereka bersahut riang.
     Arie mengalih pandang pada Iman disebelah. Wah! Masamnya. Arie mengeyit nakal pada Iman namun langsung tidak diendahkan. Iman terus sahaja berpaling menuju ke dapur. Haii...susah betul kalau brutal mummy dah naik angin. Arie mengeluh sambil menggelengkan kepalanya. Kadang-kadang naik pening kepalanya. Sebelahkan isteri, anak merajuk. Sebelahkan anak, isteri pula tarik muncung.
     'Kang aku yang merajuk, baru dia orang tahu!' Desis hatinya.

Sabtu, 2 April 2011

Sinar Harian~30 Mac 2011

hurmm...rasa macam tak percaya pun ada...macam tak sangka pulak muka boleh masuk suratkhabar...hehehe..apapun thanks to Sinar Harian sbb sudi siarkan kisah novel Cinta 3 Suku