CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 31 Januari 2011

Sinopsis Karya Terbaru

Didi gadis ‘comel’ yang periang. Dia tidak pernah kisah
dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya kerana susuk badannya
yang ‘comel’.  Malah kewujudan panggilan
Didi itu pun kerana singkatan dari gelarannya. DD = Diana Debab.
Namun bagi dirinya mudah, selagi dia tidak menyusahkan orang
lain, apa dia kisah orang nak kata.
Kehadiran Syafiq menambah keceriaan dalam hidup Didi yang
selama ini keseorangan kerana dilahirkan sebagai anak tunggal dalam
keluarga.  Kasih sayang Abah dan Umi tertumpah
hanya padanya.
Takdir Tuhan mengatasi segalanya. Abah dan Umi terlebih
dahulu pergi meninggalkannya sendiri. Mujur Syafiq sentiasa ada untuk menjadi
tunjang kekuatannya.
Sebagai insan yang punya hati, Didi juga punya keinginan
untuk bercinta dan cintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejatinya.
Dipermainkan hati, sering menjadi asam garam hidupnya. Namun dia tetap yakin,
cinta sejatinya akan datang suatu hari nanti.
Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Bisa-bisa
ayat laksana nuklear yang keluar dari mulut lelaki itu menyebabkan darjah
kebenciaan Didi padanya berada pada tahap takat didih. Berhadapan dengan lelaki itu,
Didi tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala
bom atomnya.
Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti
bertukar sayang. Syafizikah cinta sejati yang dinantikan Didi? Mampukah si
mulut nuklear menghadirkan cinta di dalam hati si debab?

1 ulasan:

PlushyShy berkata...

Woah gaduh2 nih cam best je~! hehe :P