Sabtu, 19 November 2011
Jom lepak ramai-ramai!!!!
Sabtu, 5 November 2011
Teman
Ahad, 23 Oktober 2011
Jom Bersantai Bersama Herna Diana
Program : Jom Bersantai Bersama Herna Diana
Tempat : Astaka, Taman Tasik Titiwangsa
Tarikh : 27 November 2011
Hari : Ahad
Masa : 8.45pg - 12.00tgh
Pakaian : Kasual
Turut bersama: Novelis Liyana Zahim & Elin Nadia
Bayaran : PERCUMA
Kepada sesiapa yg berminat sila kirimkan butiran diri (Nama, Alamat, No K.P & No. Tel) ke email HD: herna.diana80@gmail.com
Tempat hanya terhad utk 100 org yg pertama daftarkan nama...so siapa cepat dia dapat. JOM BERSANTAI BERSAMA HERNA DIANA (^_^)
Rabu, 5 Oktober 2011
Sinopsis Akhirnya Aku Kahwin!
BLURB NOVEL AKHIRNYA AKU KAHWIN! - HERNA DIANA
Didi gadis ‘comel’ yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering diperma...inkan.
Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Kata-kata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya ‘Debab’. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom.
Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat^Di^Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?
Akhirnya Aku Kahwin!
Jumaat, 30 September 2011
Lanun oh lanun...
Assalamualaikum semua...
Akhirnya dpt bersua lagi dgn kawan2 semua...agak lama HD hilangkan...sebenarnya x hilang pun...cuma x berkesempatan nak updatekan blog ni...
Kali ni HD nak bercerita tentang isu panas yg melanda industri penulisan kreatif...novel-novel keluaran Alaf 21 kena cetak rompak!!!
Alahai...berita yg cukup menyedihkan...selaku penulis, HD memang ralat sangat dgn perkara ni...tak sangka isu cetak rompak ni boleh membabitkan novel pula skrg ni..anda semua berhati-hati ye bila membeli novel nanti.
Di sini HD kongsikan tips2 dari Alaf 21:
1. Kandungan teks dalam difotostat.
2. Gambar objek seperti bunga, cermin mata, cermin solek di bahagian permulaan setiap bab tidak jelas kerana difotostat.
3. Warna cover di bahagian depan dan belakang agak kelam daripada cover yang asli.
4. Barcode di cover belakang tidak jelas. Ini menyebabkan pekedai tidak boleh scan barcode ini ke dalam sistem untuk urusan pembayaran.
5. Novel yang tiruan digam saja dan ini menyebabkan muka suratnya mudah tercabut. Manakala novel yang asli dijahit dan tidak tercabut.
Sebarang aduan mengenai cetak rompak ini boleh diajukan dengan menghubungi 03 5101 3888 sambungan Alaf 21 3692/3683/3684.
Jumaat, 5 Ogos 2011
Salam Ramadhan
Sabtu, 30 Julai 2011
Kiriman Istimewa...
Rabu, 27 Julai 2011
saya suka bunga kaler putih...
hai kengkawan semua...kali ni HD nak ajak cite pasal kaler bunga pulak...ehek ehek...ntah nape tetiba mood nak ckp pasal kaler bunga lak..tapi tak kisah la...kita layan je la mood ni ek...
korang suka bunga kaler apa ek...mesti ramai yg suka kaler merah kan..kan...kan..
spt yg korang semua nampak tajuk di atas tu...haaa HD suka sgt dgn bunga2 yg kaler putih ni...kenapa??? x tahu la ye...tp HD mmg suka tgk bunga yg kaler putih...nampak suci jer...hahahaha..cuba korang tgk gambar2 kat bawah ni...cantik kan...sejuk je mata memandang
tp ada org kata...bunga kaler putih ni sesuai utk ucapan takziah jer...betul ker????
uishhh...HD x bape setuju la...putih tu kan melambang kesucian dan ketulusan hati...mmg sesuai diberi pada org...x kira atas sbb apa pun...betul x?
so konklusi nyerr....kekalau ada sape2 yg tergerak hati ke nak bg bunga kat HD (yarrkkkkk!!! HD x malu...muehehehhee :P)...sila la yer...cam bunga kat atas tu...hehhehe
tp kalau dpt mcm gambar kat bawah ni lagi bestttttt aarrrr....lalalalalala....
Isnin, 18 Julai 2011
akibat gila kerja...
Ahad, 17 Julai 2011
It's Weekend!!!!
Jumaat, 8 Julai 2011
Secebis lagi contengan C3S II...buat semua yg setia menanti =)
Rabu, 8 Jun 2011
Ahad, 5 Jun 2011
Borang Undian Anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian
Assalamualaikum kawan2 semua,
Sihat ke? Mudah2an semuanya baik2 saja :)
Errmm...undian utk anugerah pilihan pembaca popular berita harian dah bermula...buat semua peminat Cinta 3 Suku, jgn lupa undi yer...borang boleh didapati dalam Berita Harian, Kedai Buku POPULAR ataupun boleh download terus dari website POPULAR...borang yg siap diisi boleh dipos atau dihantar terus ke mana2 cawangan POPULAR
Undi untuk Cinta 3 Suku..yeahhhhhhhhh...tqvm muahhhhhhhhhhhhh :)
Jumaat, 20 Mei 2011
Anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2011
Syukur alhamdullilah...terkedu tatkala mendapat perkhabaran ini...rasa bagai tak percaya sahaja...Cinta 3 Suku tercalon untuk Anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2011...Ya Allah aku bersyukur dgn nikmat kurniaan-MU...tercalon antara 10 novel pilihan sesuatu yg cukup besar buat penulis baru seperti HD...terima kasih x terhingga buat kalian semua yg sudi membaca karya HD...bagi sesiapa yg sudi ingin mengundi Cinta 3 Suku...boleh dptkan borang di akhbar berita harian bermula 3 jun atau di outlet2 POPULAR..undian bermula dari 3 Jun ~ 17 Julai 2011...terima kasih (^_^)
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AnugerahPilihanPembacaPopular-BeritaHarian2011/Article
PWTC ~ I-CITY ~ GENTING HIGHLAND (Dalam Kenangan)
Assalamualaikum semua,
Hmmm...nampaknya sekali lagi blog HD terbiar...berlaku sedikit gelombang perubahan dalam hidup HD membuatkan kucar kacir..hilang kawalan seketika..hehehe...tp alhamdullilah...skrg dah normal kembali...benar kata bijak pandai...andai kita berpegang pada satu perkataan magis "REDHA" InsyaAllah segalanya akan baik-baik saja...walau seketika diamuk badai, pasti akan tenang kembali...
ok...kali ni HD nak share dgn kawan2 semua...sekeping dua gambar yg sempat HD ambil semasa pesta buku di PWTC hari tu...maaf la lambat upload kat blog ni...ada juga HD selitkan gambar2 HD ni I-City & Genting Highland..habis bertugas di pesta buku 30hb..sempat lagi meronda, bercuti...hehehe...percutian kali ni..satu kenangan yg akan abadi selamanya dihati HD...so jom jenguk2 ke bawah gambar2 yang sempat HD upload di sini...adios
Sabtu, 23 April 2011
Counting Days!!!
alahai..sekali lagi blog ni ku tinggalkan sekian waktu...berhabuk, bersawang jadinya...kesibukan dgn kerja menghadkan aku...malahan FB ku juga sudah lama x update...sekadar masuk jenguk2 apa yg patut saja...kepada yg masih menanti entri seterusnya C3S 2nd series...harap bersabar ye...keadaan kesihatan yang agak kurang memuaskan kebelakangan ini sedikit melambatkan aktiviti penulisanku...
aku kini menghitung hari..menanti 30hb April...saat dimana pertama kali aku akan menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC...wahhh teruja rasanya...berdebar2 pun ada jugak...macam mana agaknya keadaan di sana nanti...dulu2 selalu rasa teringin nak pergi pesta buku antarabangsa...tp x pernah ada peluang...alhamdullilah kali ini ada kesempatan...mudah2an kesampaian...
mudah2an segalanya berjalan lancar nanti...korang semua datang la beramai-ramai ke pesta buku nanti ye...jumpa di sana (^_^)
Rabu, 13 April 2011
Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2011
HD dah dapt jadual bertugas di pesta buku nanti...hurmmm ingatkan pergi lepak2 je...rupa2nya dapat juga peluang untuk bertugas pada pesta buku kali ni...alhamdullilah..harap2 dpt jumpa peminat2 C3S yg byk menyokong HD selama ni (^_^)
Ok ni jadual HD:
~ 30 April 2011 (Sabtu)
~ 10.00pg - 4.00ptg
~ Dewan Tun Ismail, PWTC
Jemput datang ramai2 yer...HD tunggu anda semua di sana. (^_^)
Rabu, 6 April 2011
Selasa, 5 April 2011
Magnet Cinta: Bab 1
Sabtu, 2 April 2011
Sinar Harian~30 Mac 2011
hurmm...rasa macam tak percaya pun ada...macam tak sangka pulak muka boleh masuk suratkhabar...hehehe..apapun thanks to Sinar Harian sbb sudi siarkan kisah novel Cinta 3 Suku
Isnin, 28 Mac 2011
Bila aku...
Bila aku menyayangi dirimu,
Aku menyayangi setulus hatiku,
Namun andai sayangku tidak sampai ke jiwamu,
Apa lah dayaku...
Bila aku mengasihi dirimu,
Aku mengasihi segenap hatiku,
Namun andai kasihku tidak menyerap ke jiwamu,
Apa lah dayaku...
Bila aku ingin menggembirakan hatimu,
Aku hiburkan seupaya diriku,
Namun andai hiburku tidak menceriakan jiwamu,
Apa lah dayaku...
Bila aku berkarya untuk tatapanmu,
Aku curahkan sebaik-baik ilham mindaku,
Namun andai karyaku tidak mampu memenuhi jiwamu,
Apa lah dayaku...
Maafkan aku,
Sesungguhnya aku hanyalah insan biasa,
Punya kelemahan yang sentiasa bersulam pada kelebihan,
Namun aku tidak pernah dan tidak akan pernah untuk berhenti berusaha,
Menyayangimu, mengasihimu, menggembirakanmu dan berkarya untuk tatapanmu,
Selagi mampu dayaku...InsyaAllah.
* Ukiran jiwa buat semua teman dan pembaca karyaku. Kalian istimewa dihatiku...
Herna Diana,
10.35pm
28 Mac 2011
Assalamualaikum semua,
Hurmmm...dah agak lama x update blog ni...bukannya x menjenguk...bukan tiada ukiran jiwa yg ingin ku lakarkan di sini..namun entahlah...setiap kali aku cuma menulis di sini...setiap kali ini itu jugalah jari2 ku pantas menekan butang delete...rupa2nya sifat ku yang satu ini masih belum berubah...sukar meluahkan rasa dihati...aku juga insan biasa...terkadang ada jua yang tercuit dijiwa...huh!!! hidup perlu diteruskan...yang berlalu biarkan berlalu...
So, kawan2 semua...korang apa khabar...mudah2an korang semua dalam keadaan bahagia dan gembira selalu...sekiranya ada yg sedang berdepan dgn dugaan skrg ini...tabahlah menghadapi...Allah memberi dugaan kerana ingin menggantikan sesuatu yang lebih baik utk kita...bersabarlah...bagi yang sedang berbahagia pula...jangan terlalu terleka ye...
Bagi diriku pula...sedang cuba bangkitkan kembali semangat yang hilang...alhamdullilah aku kini kembali menulis...menyambung manuskrip yang terbengkalai beberapa ketika...
Berikan kami semua kekuatan dan ketabahan Ya Allah....Aminnn (^_^)
Sabtu, 19 Mac 2011
19/3/2011 @ Sunway Carnival Mall
Alhamdullilah...program temu mesra berjalan dengan sempurna...kepada yg datang...terima kasih byk2...mudah-mudahan program esok juga berjalan lancar..aminnn :-)
Jumaat, 18 Mac 2011
Selasa, 15 Mac 2011
Ramai Yang Berkata...Tapi Ramai Yang Lupa Berkata...
Ramai yang berkata...
Jahat betul orang itu
Tapi ramai yang lupa berkata...
Astaghfirullah...betapa hebatnya dugaan duniawiMu
Ramai yang berkata...
Cantiknya bunga itu
Tapi ramai yang lupa berkata...
Masyaallah...betapa indahnya ciptaanMu.
Ramai yang berkata...
Comel betul bayi itu
Tapi ramai yang lupa berkata...
Subhanallah...betapa ajaibnya ketentuanMu
Ramai yang berkata...
Kaya betul dia itu
Tapi ramai yang lupa berkata...
Alhamdullilah...betapa nikmatnya rezeki kurniaanMu
Ramai yang berkata...
Dahsyatnya bencana itu
Tapi ramai yang lupa berkata...
Allahuakbar...betapa agungnya kuasaMu
Ramai yang berkata...
Aku adalah muslim
Tapi ramai yang lupa berkata...
Laillahaillallah...tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah
Basahilah bibirmu...
Siramilah jiwamu...
Astaghfirullah, MasyaAllah, Subhanallah, Alhamdullilah, Allahuakbar...
Laillahaillallah!
Herna Diana
15 Mac 2011
10.50mlm
Jumaat, 11 Mac 2011
Suka dan Duka...11 March 2011
Alhamdullilah...majlis temu mesra di Alor Setar berjalan lancar...syukur Allah mempermudahkan segalanya..kepada yg sudi datang, terima kasih byk2 :-)
Agak letih hari ini...drive pegi balik Bukit Mertajam - Alor Setar...tp tetap rasa happy :-)
Suka lawannya duka...dlm rasa gembira yg dikecapi...ada kabar duka...seluruh dunia dikejut sekali lagi dengan bencana tsunami...gempa bumi berskal 8.8 richter yg melanda Jepun...sekali lagi menghadirkan berita sedih pada isi dunia...
Pasti peristiwa 7 tahun lalu kembali mengetuk memori setiap insan di dunia ini...Allahuakbar...apa lagi agaknya kemungkaran yg manusia lakukan sehingga kekuasaan-MU Yang Maha Agung kembali Engkau tunjukkan kepada manusia yg sering lupa diri?
Dunia semakin ke penghujungnya...namun manusia semakin alpa...semakin tergoda dengan wayang duniawi ilham si iblis...natijahnya, Allah anugerahkan trofi yg terhebat utk kemenangan wayang ini...Astaghfirullah Al Azim...
Ya Allah...Kau ampunkan segala dosa hamba-hambaMU...
Ku lakarkan catatan ini bukan untuk bersyarah kepada sesiapa...sekadar peringatan buat diri sendiri...agar tidak terlalu taksub dengan nikmat duniawi...tetapkanlah hatiku terhadapMu dan agamaMu...Aminnn
Rabu, 9 Mac 2011
Temu Mesra @ Alor Setar
Rabu, 2 Mac 2011
27 Feb 2011 ~ Memori Tercipta
Sekadar berkongsi gambar-gambar kenangan sekitar majlis reunion 27 Feb yg lalu. Kenangan indah bersama teman-teman waktu remaja, terpahat kukuh diingatan buat selamanya...