Assalamualaikum teman-teman tersayang,
Sekian lama HD menyepi dari blog ini. Bukan sengaja menyepi tetapi tuntutan waktu dan situasi tidak mengizinkan HD melepak bersenang-lenang di ruang blog ini. Alhamdulillah, segalanya telah selesai.
Entri terbaru ini, HD ingin kongsikan dengan anda semua, wajah novel terbaru HD yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Enjoy ok (^_^)v
Blurb: Mr. London, Ms. Langkawi
Aidid Mukhlis – Berpelajaran tinggi dan mempunyai
kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah
menetap di luar negara, membuat jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung
halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.
Nurul Liyana – Dia hanya gadis biasa. SPM pun
setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tetapi
jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal.
Bila bertemu mereka sentiasa berlaga angin. Seorang
serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya…Nauzubillah.
“Macamlah
bagus sangat Kota London dia tu,” ejek Liyana penuh jengkel.
“Memang
bagus pun,” jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
“Apa
yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite….cer cite,”
kata Liyana.
“Yang
bagusnya, kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!”
Hmmm…asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms.
Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi wujudkah
keserasian dalan jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?
0 ulasan:
Catat Ulasan