CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 30 September 2011

Lanun oh lanun...

Assalamualaikum semua...
Akhirnya dpt bersua lagi dgn kawan2 semua...agak lama HD hilangkan...sebenarnya x hilang pun...cuma x berkesempatan nak updatekan blog ni...
Kali ni HD nak bercerita tentang isu panas yg melanda industri penulisan kreatif...novel-novel keluaran Alaf 21 kena cetak rompak!!!
Alahai...berita yg cukup menyedihkan...selaku penulis, HD memang ralat sangat dgn perkara ni...tak sangka isu cetak rompak ni boleh membabitkan novel pula skrg ni..anda semua berhati-hati ye bila membeli novel nanti.
Di sini HD kongsikan tips2 dari Alaf 21:

1. Kandungan teks dalam difotostat.

2. Gambar objek seperti bunga, cermin mata, cermin solek di bahagian permulaan setiap bab tidak jelas kerana difotostat.

3. Warna cover di bahagian depan dan belakang agak kelam daripada cover yang asli.

4. Barcode di cover belakang tidak jelas. Ini menyebabkan pekedai tidak boleh scan barcode ini ke dalam sistem untuk urusan pembayaran.

5. Novel yang tiruan digam saja dan ini menyebabkan muka suratnya mudah tercabut. Manakala novel yang asli dijahit dan tidak tercabut.

Sebarang aduan mengenai cetak rompak ini boleh diajukan dengan menghubungi 03 5101 3888 sambungan Alaf 21 3692/3683/3684.