CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 19 November 2011

Jom lepak ramai-ramai!!!!



Sesiapa yg berminat utk join program ni...cepat2 bagi nama pada HD ye..
emailkan nama anda pada HD di herna.diana80@gmail.com atau boleh terus inbox HD di fesbuk :)
nak bawa kawan2 pun boleh...tp bg nama kawan2 sekali ye
siapa yg daftarkan nama...berpeluang utk cabutan bertuah...hadiah2 sumbangan dari novelis2 tau

Sabtu, 5 November 2011

Teman

Petang2 mcm ni...layan je lagu ni...
bagi sesiapa yg dah baca Akhirnya Aku Kahwin!...inilah lagu yg dinyanyikan Fizi kepada Didi...hehehe...
layan jommmmmm 

Ahad, 23 Oktober 2011

Jom Bersantai Bersama Herna Diana


Sebagai tanda penghargaan HD pada semua peminat karya HD...HD akan anjurkan satu program khas untuk anda

Program : Jom Bersantai Bersama Herna Diana
Tempat : Astaka, Taman Tasik Titiwangsa
Tarikh : 27 November 2011
Hari : Ahad
Masa : 8.45pg - 12.00tgh
Pakaian : Kasual
Turut bersama: Novelis Liyana Zahim & Elin Nadia
Bayaran : PERCUMA

Kepada sesiapa yg berminat sila kirimkan butiran diri (Nama, Alamat, No K.P & No. Tel) ke email HD: herna.diana80@gmail.com

Tempat hanya terhad utk 100 org yg pertama daftarkan nama...so siapa cepat dia dapat. JOM BERSANTAI BERSAMA HERNA DIANA (^_^)

Rabu, 5 Oktober 2011

Sinopsis Akhirnya Aku Kahwin!


Ini sinopsisnya...(^_^)

BLURB NOVEL AKHIRNYA AKU KAHWIN! - HERNA DIANA

Didi gadis ‘comel’ yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering diperma...inkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Kata-kata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya ‘Debab’. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom.

Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat^Di^Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?

Akhirnya Aku Kahwin!

hehehe...teruja tak tengok tajuk kat atas tu???
inilah karya terbaru dari HD...AKHIRNYA AKU KAHWIN!
jgn lupa dptkan di pasaran ye..pastikan yg ORIGINAL!
kalau yg berminat nak order terus dgn HD pun boleh...
sila email HD di: send2me_nani@yahoo.com
inilah cover novel terbaru HD (^_^)

Jumaat, 30 September 2011

Lanun oh lanun...

Assalamualaikum semua...
Akhirnya dpt bersua lagi dgn kawan2 semua...agak lama HD hilangkan...sebenarnya x hilang pun...cuma x berkesempatan nak updatekan blog ni...
Kali ni HD nak bercerita tentang isu panas yg melanda industri penulisan kreatif...novel-novel keluaran Alaf 21 kena cetak rompak!!!
Alahai...berita yg cukup menyedihkan...selaku penulis, HD memang ralat sangat dgn perkara ni...tak sangka isu cetak rompak ni boleh membabitkan novel pula skrg ni..anda semua berhati-hati ye bila membeli novel nanti.
Di sini HD kongsikan tips2 dari Alaf 21:

1. Kandungan teks dalam difotostat.

2. Gambar objek seperti bunga, cermin mata, cermin solek di bahagian permulaan setiap bab tidak jelas kerana difotostat.

3. Warna cover di bahagian depan dan belakang agak kelam daripada cover yang asli.

4. Barcode di cover belakang tidak jelas. Ini menyebabkan pekedai tidak boleh scan barcode ini ke dalam sistem untuk urusan pembayaran.

5. Novel yang tiruan digam saja dan ini menyebabkan muka suratnya mudah tercabut. Manakala novel yang asli dijahit dan tidak tercabut.

Sebarang aduan mengenai cetak rompak ini boleh diajukan dengan menghubungi 03 5101 3888 sambungan Alaf 21 3692/3683/3684.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum semua...
Alhamdullilah...hari ni dah selesai 5 hari kita berpuasa...semoga semuanya dlm keadaan baik2 dan sihat sejahtera..agar kita semua dpt menunaikan ibadah sesempurna mungkin.
HD ambil kesempatan disini utk ucapkan selamat berpuasa pada semua kawan2 di blog ni...maaf agak terlewat mengucapkan selamat...agak sibuk dgn keja kebelakangan ini.
Sedikit info yg HD nak share dgn kawan2 semua...buat masa skrg HD terpaksa stop sekejap menulis C3S II kerana HD perlu memberi tumpuan utk mengedit manuskrip novel ke2 HD...InsyaAllah novel ni akan terbit di lama lagi...kalau ada rezeki hujung tahun ini...doa2kan ye :)
ramai yg bertanya pada HD apa tajuk novel ke2 HD...errmmm kita simpan dulu la tajuknya ye...InsyaAllah dah confirm terbit nanti..HD akan war2kan pada semuanya...bukannya apa, bimbang dah terbit nanti berubah pula tajuknya...tp buat masa skrg tajuknya CTT...haaaa HD dah bg klu sikit tu...hehehe
Berbalik pada cerita Ramadhan kita..sama2 lah kita tingkatkan amal ibadat di bulan yg penuh berkat dan pahala ni ye...banyakkan berzikir, berselawat dan bermunajat keampunan...ok sampai ketemu lagi di lain catatan...hayati video2 dibawah ni utk kita sama2 siramkan hati kita...moga terus subur dgn cinta pada Yang Maha Esa....selamat berpuasa semua :)






Sabtu, 30 Julai 2011

Kiriman Istimewa...

hari ni HD rasa best...walaupun HD diserang selsema..tapi tetap best...
sebab hari ni HD terima kiriman istimewa...dari insan2 yg istimewa dlm hidup HD
tarraaaaaaaaaaa...ni hadiah nyerrr

koala bear from Perth, Australia
hahaha...rasa mcm dlm C3S pulak...dpt koala bear...hehehe...
di kirim penuh kasih sayang oleh my lovely kakak!!!

ni hadiah kedua pulak...
tarrraaaaaaaaaaaaa

gula-gula kristal dari Berlin, Germany
hahahha...nampak sedap!!! nasib baik kristal...
kalau x...selamat dah HD kerjakan...hehehe
di kirim penuh kasih sayang dari my lovely adik!!!!

wahhhh!!! best betul rasa hari ni...dpt kiriman dari insan2 yg dirindui...
terubat sedikit kerinduan HD pada mereka berdua...
for my lovely kakak & adik...x tahu nak ckp apa...just tqvm for the present, for your loves & for everything
i love both of you!!! muaahhhhhhhhhh

Rabu, 27 Julai 2011

saya suka bunga kaler putih...

hai kengkawan semua...kali ni HD nak ajak cite pasal kaler bunga pulak...ehek ehek...ntah nape tetiba mood nak ckp pasal kaler bunga lak..tapi tak kisah la...kita layan je la mood ni ek...
korang suka bunga kaler apa ek...mesti ramai yg suka kaler merah kan..kan...kan..
spt yg korang semua nampak tajuk di atas tu...haaa HD suka sgt dgn bunga2 yg kaler putih ni...kenapa??? x tahu la ye...tp HD mmg suka tgk bunga yg kaler putih...nampak suci jer...hahahaha..cuba korang tgk gambar2 kat bawah ni...cantik kan...sejuk je mata memandang
ni nama dia white tulip...HD suka bangat nih!!!!

yg ni pulak nama dia...white rose


haaa...cantikkan???...ekceli dua jenis bunga ni..mmg HD suka...nampak best jer bila tgk rose or tulip putih ni...
tp ada org kata...bunga kaler putih ni sesuai utk ucapan takziah jer...betul ker????
uishhh...HD x bape setuju la...putih tu kan melambang kesucian dan ketulusan hati...mmg sesuai diberi pada org...x kira atas sbb apa pun...betul x?
so konklusi nyerr....kekalau ada sape2 yg tergerak hati ke nak bg bunga kat HD (yarrkkkkk!!! HD x malu...muehehehhee :P)...sila la yer...cam bunga kat atas tu...hehhehe
tp kalau dpt mcm gambar kat bawah ni lagi bestttttt aarrrr....lalalalalala....







Isnin, 18 Julai 2011

akibat gila kerja...



korang nampak tajuk entri kali ni???
korang nampak pic yg tertera kali ni???
apakah maknanya itu???
yeahhhhhhhhh!!!
aku telah berjaya menjatuhkan sakit ke atas diriku
omputih kata not feeling well
dan di atas sbb inilah...aku dgn rasa mulia hatinya...
 terpaksa membuat satu lawatan muhibah ke sebuah klinik
menziarah doktor dan jururawat2 yg ada di situ
ekceli tempat ni bukanlah tempat yg best utk dilawati...sila ambil perhatian yer...
jgn sesekali masukkan dlm kalendar pelancongan tahunan anda okeyyy....x best langsung!!!
hasil dari lawatan muhibah aku tu...aku telah diberi cenderahati berbayar sbg tanda penghargaan...
korang nak tengok ke cenderahati yg aku dapat tu???
haa cuba tgk kat bawah ni...

fulamak!!!! colorful abisss...warna warni..
sekali pandang mcm lazatkan...mcm rupe coklat M&M pun ada kan?
tapi hakikatnya...x sedap langsung!!!
aku nasihatkan korang x payah la ada niat nak merasa coklat spesis ni okey..x beshh!!
baik makan Kit Kat...100x lebih sedap
tapi ada hikmah juga di sebalik lawatan muhibah aku tu...
i got one rest day!!!
yesssss...akhirnya aku berjaya menyingkirkan monday blues pada minggu ni
so...masa utk mengecas bateri...adios...lalalala...

Ahad, 17 Julai 2011

It's Weekend!!!!

Hah!!! Hari Ahad tiba jua...masa utk aku memanjakan diri...melalui seminggu yg memenatkan terlalu panjang rasanya...nak tgk agak2 rupa aku sepanjang 6 hari yg lalu???
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
TARRAAAAAAAA


huduh kan???? tapi ape nak buat...aku memang penat giler..bak kata p.ramlee...pendek kata selagi belum tutup mata, keje..keje..keje...huh!!!!!
esok monday blues akan kembali...so hari ni KITA ENJOY!!!!!!!

Jumaat, 8 Julai 2011

Secebis lagi contengan C3S II...buat semua yg setia menanti =)

“Nia unya. Abang angan ambik,” Rania sudah mula merengek apabila mainannya dirampas abangnya. Rayyan hanya membalas dengan jeliran lidah. Nakal sungguh budak ni!
Si ibu saudara pula apa lagi, terus membulat sahaja matanya. “Ryan!”
“Ryan. Kenapa ambil adik punya? Ryan pun ada jugakan,” tegur Arie lembut. Rayyan hanya diam ditegur Arie
“Ryan ni kenapa nakal sangat sekarang ni?” Marah Iman.
“Iman,” lembut Arie melarang Iman dari terus memarahi Rayyan.
“Abang ni. Asal Iman buka mulut je abang larang. Abang manjakan sangat Ryan. Sampai jadi nakal macam ni,” Iman memarahi Arie pula.
“Aik! Abang pulak yang kena,” jawab Arie sambil tersengih nakal.
“Abang jangan nak sengih-sengih. Iman tengah marah ni.”
“Uuu...takutnya abang,” Arie makin giat mengusik. Anak-anak sudah mula pakat ketawa mengekek.
“Eii malaslah Iman nak layan abang dengan budak-budak ni. Menyakitkan hati sajalah,” ujar Iman lantas bangun dari duduknya.
“Eh! Nak pergi mana pulak ni?”Kalut Arie bertanya.
Toilet!
Arie hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat telatah isteri kesayangannya itu. Sejak mengandung ni, makin berangin Iman.
“Ryan bagi balik mainan adik,” arah Arie.
Rayyan buat perangai degil. Arahan Arie langsung tidak diendahkan. Rania masih merengek-rengek mahukan mainannya kembali.
“Ryan jangan la macam tu. Ryan baikkan. Bagi balik mainan adik okey,” pujuk Arie lagi.
Rayyan masih tidak makan pujuk. Arie mengeluh perlahan. Tercabar juga hatinya dengan kedegilan yang ditunjukkan Rayyan. Kepala yang tidak gatal digarunya.
“Kenapa Encik Paksu? Dah mati kutu dengan perangai anak saudara sulung kesayangan?” Sindir Iman yang baru kembali dari tandas.
“Amboi Puan Maksu. Bukan anak saudara sulung kesayangan awak juga ke?” Balas Arie tidak mahu kalah dengan sindiran isterinya. Izzati dan Insyirah ketawa mengekek mendengar kata-kata ibu dan ayah mereka.
“Kenapa gelak?” Iman menyoal anak-anaknya pula. Pantas kedua-duanya menutup mulut sambil menggeleng-gelengkan kepala. Hai, kalau dah kembar tu, kembar jugak. Serentak sahaja reaksi mereka.
************

Mereka terus melangkah keluar dari restoran makan segera itu. Seketika kemudian, telefon bimbit Iman berbunyi. Terus dia tercari-cari di dalam beg tangannya.
“Abang Razif,” beritahu Iman kepada Arie.
“Hello, assalamualaikum,” ujar Iman sebaik sahaja menekan punat hijau.
“Waalaikumusalam. Iman, abang ni,” sahut Dr. Razif.
“Iman tahu la abang. Takkan la Fahrin Ahmad pulak,” balas Iman sambil tergelak nakal. Arie disebelah sudah tergeleng-geleng kepalanya melihat telatah Iman. Dah jadi ibu pun perangai nakal tetap tak hilang!
Dr. Razif tergelak dihujung talian. “Iman ni tak habis-habis loyar buruk!”
“Ni telefon-telefon orang ni ada la tu,” tebak Iman.
“Hehehe…pandai la Iman. Macam mana tahu erk?”
“Eleh, sekali telefon berdering, Iman sudah tahu muslihat yang tersirat.” Wah! Hebatnya falsampah brutal mummy ni. Entah universiti manalah dia belajar. Ish…ish…ish…
“Err…abang nak minta tolong sikit boleh?”
“Hmm…dah agak dah.”
“Hehehe…abang nak bagitau ni. Abang dengan akak tak jadi balik hujung minggu ni. Maybe next week. Nak pergi second honeymoon,” beritahu Dr. Razif tergelak-gelak.
So what?” Wah! Kereknya Iman brutal ni.
“Errr…cam biasa la ek.”
“Huh!”
Please,” Dr. Razif memujuk.
“Abang ni kan…”
“Err…sambung syarahan lain kali boleh tak? Okey sayang. Bye.” Dr. Razif terus mematikan talian.
“Eiii…” Iman menjerit kecil melepaskan geram terhadap abangnya.
“Kenapa ni sayang?” Soal Arie.
“Abang Razif ni hah.”
“Kenapa?”
“Tak jadi balik hujung minggu ni. Sambung honeymoon!
Arie rasa hendak tergelak mendengar kata-kata Iman. Ish! Abang ipar aku ni pun. Sakan nak pi honeymoon pulak. Cayalah bro! Namun senyumannya terpaksa disembunyikan apabila melihat riak tidak puas hati isterinya.

Rabu, 8 Jun 2011

Temu Mesra @ Mini Karnival Karangkraf Sg. Petani

Jom jumpa HD di Sg. Petani (^_^)

Ahad, 5 Jun 2011

Borang Undian Anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian

Assalamualaikum kawan2 semua,
Sihat ke? Mudah2an semuanya baik2 saja :)
Errmm...undian utk anugerah pilihan pembaca popular berita harian dah bermula...buat semua peminat Cinta 3 Suku, jgn lupa undi yer...borang boleh didapati dalam Berita Harian, Kedai Buku POPULAR ataupun boleh download terus dari website POPULAR...borang yg siap diisi boleh dipos atau dihantar terus ke mana2 cawangan POPULAR
Undi untuk Cinta 3 Suku..yeahhhhhhhhh...tqvm muahhhhhhhhhhhhh :)

Ni la borangnya...kalau malas nak download, print je borang ni...hehehe

Jumaat, 20 Mei 2011

Anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2011

Syukur alhamdullilah...terkedu tatkala mendapat perkhabaran ini...rasa bagai tak percaya sahaja...Cinta 3 Suku tercalon untuk Anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2011...Ya Allah aku bersyukur dgn nikmat kurniaan-MU...tercalon antara 10 novel pilihan sesuatu yg cukup besar buat penulis baru seperti HD...terima kasih x terhingga buat kalian semua yg sudi membaca karya HD...bagi sesiapa yg sudi ingin mengundi Cinta 3 Suku...boleh dptkan borang di akhbar berita harian bermula 3 jun atau di outlet2 POPULAR..undian bermula dari 3 Jun ~ 17 Julai 2011...terima kasih (^_^)
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AnugerahPilihanPembacaPopular-BeritaHarian2011/Article

PWTC ~ I-CITY ~ GENTING HIGHLAND (Dalam Kenangan)

Assalamualaikum semua,
Hmmm...nampaknya sekali lagi blog HD terbiar...berlaku sedikit gelombang perubahan dalam hidup HD membuatkan kucar kacir..hilang kawalan seketika..hehehe...tp alhamdullilah...skrg dah normal kembali...benar kata bijak pandai...andai kita berpegang pada satu perkataan magis "REDHA" InsyaAllah segalanya akan baik-baik saja...walau seketika diamuk badai, pasti akan tenang kembali...
ok...kali ni HD nak share dgn kawan2 semua...sekeping dua gambar yg sempat HD ambil semasa pesta buku di PWTC hari tu...maaf la lambat upload kat blog ni...ada juga HD selitkan gambar2 HD ni I-City & Genting Highland..habis bertugas di pesta buku 30hb..sempat lagi meronda, bercuti...hehehe...percutian kali ni..satu kenangan yg akan abadi selamanya dihati HD...so jom jenguk2 ke bawah gambar2 yang sempat HD upload di sini...adios

bersama novelis Ayu Emelda ~ cute orgnya kan
 ~ my editor Mazuen Yahaya & novelis Liyana Zahim ~
 ~ novelis Liyana Zahim..si manis berlesung pipit ~
 ~ yg manis ni novelis Elin Nadia ~
 ~ dia ni dulu HD selalu beli novel dia...skrg dah jadi kawan dah...ini la novelis Aleya Aneesa ~
 ~ yg ni idola HD...Kak Anis Ayuni...best sgt dpt jumpa Kak Anis..peramah orangnya ~
 ~ yg ni pula novelis NUR...Kak Raihan Zaffiya ~
 ~ selepas abis bertugas di PWTC..mlm tu special dinner with my fan Kak Izan & Abg Din..pekena stimboat...lazattttt ~
 ~ haaa...ni kat I-City..time ni dah nak dekat midnight dah ni..badan mmg dah letih..tu yg tersandar je tu..hehe ~


 ~ masa ni 1hb Mei...hari last pesta buku...singgah jap jumpa aleya sebelum bertolak ke genting highland...kita jumpa lagi di lain waktu aleya~
 ~ at Genting Highland ~
 ~ tak dpt stay kat First World..dpt ambik gambar buat latar belakang pun jadi la..hehehe ~
 ~ ni dalam cable car...nak turun dari genting dah...nak balik tido..letih huhuhu ~







Sabtu, 23 April 2011

Counting Days!!!

alahai..sekali lagi blog ni ku tinggalkan sekian waktu...berhabuk, bersawang jadinya...kesibukan dgn kerja menghadkan aku...malahan FB ku juga sudah lama x update...sekadar masuk jenguk2 apa yg patut saja...kepada yg masih menanti entri seterusnya C3S 2nd series...harap bersabar ye...keadaan kesihatan yang agak kurang memuaskan kebelakangan ini sedikit melambatkan aktiviti penulisanku...
aku kini menghitung hari..menanti 30hb April...saat dimana pertama kali aku akan menjejakkan kaki ke Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC...wahhh teruja rasanya...berdebar2 pun ada jugak...macam mana agaknya keadaan di sana nanti...dulu2 selalu rasa teringin nak pergi pesta buku antarabangsa...tp x pernah ada peluang...alhamdullilah kali ini ada kesempatan...mudah2an kesampaian...
mudah2an segalanya berjalan lancar nanti...korang semua datang la beramai-ramai ke pesta buku nanti ye...jumpa di sana (^_^)

Rabu, 13 April 2011

Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2011

HD dah dapt jadual bertugas di pesta buku nanti...hurmmm ingatkan pergi lepak2 je...rupa2nya dapat juga peluang untuk bertugas pada pesta buku kali ni...alhamdullilah..harap2 dpt jumpa peminat2 C3S yg byk menyokong HD selama ni (^_^)

Ok ni jadual HD:

~ 30 April 2011 (Sabtu)
~ 10.00pg - 4.00ptg
~ Dewan Tun Ismail, PWTC

Jemput datang ramai2 yer...HD tunggu anda semua di sana. (^_^)

Rabu, 6 April 2011

Pesta Buku Antarabangsa ~ 22 Apr - 1 Mei 2011

Jom kita serbu PWTC ramai2...jadikan membaca budaya rakyat Malaysia..

Selasa, 5 April 2011

Magnet Cinta: Bab 1

     “Muhammad Rayyan Bin Mohd. Razif!!!” Lantang jeritan Iman memecah suasana hingar-bingar rumah banglo setingkat itu.
      Empunya diri yang dijerit tadi, terus kaku berdiri. Si kembar Izzati dan Insyirah turut menikus mendengar jeritan ibu mereka. Yang kedengaran hanya tangisan si adik, Nur Rania.
     “Ryan ni kenapa suka sangat menyakat adik? Maksu nak buat kerja kat dapur tu pun tak senang,” marah Iman kepada anak saudaranya. Nur Rania yang masih teresak-esak didukungnya. Dipujuk si kecil itu agar diam.
     “Mana ada Ryan usik adik. Orang tak buat apa-apa pun,” dalam takut-takut berani, petah pula dia menjawab.
     “Kalau tak usik kenapa adik menangis?” Garang Iman bertanya.
     “Mana Ryan tahu. Adik yang nangis. Maksu tanya la adik,” Rayyan semakin berani menjawab.
     Hmm...sama saja nampaknya perangai maksu dengan anak saudara. Suka menjawab dan kuat loyar buruk!
    Makin bulat mata Iman mendengar jawapan anak saudaranya baru masuk sekolah tadika itu. Tercabar ego dibuatnya dengan gelagat budak kecil itu. Makin angin Iman dibuatnya.
    “Ish! Budak ni...”
    “Apa yang riuh-rendah ni Iman?” Tegur Arie yang tiba-tiba muncul dikalangan mereka. Tangannya pantas mengambil Rania dari dukungan Iman.
   “Iman dah agak sarat tu. Tak elok selalu sangat dukung Rania ni,” ujar Arie perlahan. Iman tidak membantah.
    “Ala sayang paksu ni. Kenapa nangis ni?” Ujar Arie mesra pada anak saudaranya. Sisa airmata dipipi Rania dilapnya.
    “Abang uwat,” jawab Rania pelat. Arie tersenyum.
    “A’ah. Anak saudara sulung kesayangan paksu tu,” sampuk Iman geram.
    “Bukan anak saudara sulung kesayangan maksu jugak ke?” Arie mengusik isterinya. Iman terus sahaja menarik muncung.
    “Zati dan Syira pun sama. Kenapa tak jaga adik?” Kemarahan ditala pada si kembar pula.
    “Zati dan Syira memang sama bu. Kamikan kembar,” petah benar jawapan yang diberikan Insyirah.
    Senada dengan kakak kembarnya, Izzati turut sama mengangguk tanda menyokong kata-kata kembarnya. Makin kembang kepala Iman dibuatnya. Arie sudah berpaling ke arah lain menahan ketawa melihat gelagat isteri dan anak-anak mereka. Sama-sama jenis loyar buruk! Ikutkan hati mahu sahaja dilepaskan ketawanya namun bimbang pula dengan emosi roller coster sang isteri.
    “Amboi-amboi. Pandainya anak-anak ibu sejak masuk tadika ni ye,” ujar Iman mengetap gigi. Si kembar tersengih nakal.
    “Sudah-sudah. Janganlah buat ibu marah. Nanti ibu marah, siapa nak masak untuk kita,” Arie menyampuk. Cuba meredakan keadaan. Dia tahu Iman sudah naik angin.
    “Kalau maksu tak nak masak, kita makan KFC la paksu,” Rayyan kembali mencurah minyak. Arie tergelak kecil.
     “Ye la ayah. Jom kita makan KFC,” sokong Izzati pula. Rania yang masih di dalam dukungan Arie turut sama bertepuk tangan. Amboi yang kecil ni pun. Tadi bukan main lagi menangisnya.
     “Ya Allah! Sabarkanlah hatiku dengan hamba-hamba kecil-Mu ini,” ucap Iman sambil mengurut-urut dadanya. Arie tergelak sambil menggelengkan kepalanya. Gelihatinya melihat Iman melayan karenah anak-anak dan anak saudara mereka.
     “Okey hari ni kita pergi makan KFC tapi sebelum tu...”
     “Tapi apa paksu?” Pantas Rayyan bertanya.
     “Kita cuci kereta dulu. Okey?” Arie bertanya
     “Okey.” Serentak mereka bersahut riang.
     Arie mengalih pandang pada Iman disebelah. Wah! Masamnya. Arie mengeyit nakal pada Iman namun langsung tidak diendahkan. Iman terus sahaja berpaling menuju ke dapur. Haii...susah betul kalau brutal mummy dah naik angin. Arie mengeluh sambil menggelengkan kepalanya. Kadang-kadang naik pening kepalanya. Sebelahkan isteri, anak merajuk. Sebelahkan anak, isteri pula tarik muncung.
     'Kang aku yang merajuk, baru dia orang tahu!' Desis hatinya.

Sabtu, 2 April 2011

Sinar Harian~30 Mac 2011

hurmm...rasa macam tak percaya pun ada...macam tak sangka pulak muka boleh masuk suratkhabar...hehehe..apapun thanks to Sinar Harian sbb sudi siarkan kisah novel Cinta 3 Suku

Isnin, 28 Mac 2011

Bila aku...

Bila aku menyayangi dirimu,
Aku menyayangi setulus hatiku,
Namun andai sayangku tidak sampai ke jiwamu,
Apa lah dayaku...

Bila aku mengasihi dirimu,
Aku mengasihi segenap hatiku,
Namun andai kasihku tidak menyerap ke jiwamu,
Apa lah dayaku...

Bila aku ingin menggembirakan hatimu,
Aku hiburkan seupaya diriku,
Namun andai hiburku tidak menceriakan jiwamu,
Apa lah dayaku...

Bila aku berkarya untuk tatapanmu,
Aku curahkan sebaik-baik ilham mindaku,
Namun andai karyaku tidak mampu memenuhi jiwamu,
Apa lah dayaku...

Maafkan aku,
Sesungguhnya aku hanyalah insan biasa,
Punya kelemahan yang sentiasa bersulam pada kelebihan,
Namun aku tidak pernah dan tidak akan pernah untuk berhenti berusaha,
Menyayangimu, mengasihimu, menggembirakanmu dan berkarya untuk tatapanmu,
Selagi mampu dayaku...InsyaAllah.


* Ukiran jiwa buat semua teman dan pembaca karyaku. Kalian istimewa dihatiku...
Herna Diana,
10.35pm
28 Mac 2011

Assalamualaikum semua,
Hurmmm...dah agak lama x update blog ni...bukannya x menjenguk...bukan tiada ukiran jiwa yg ingin ku lakarkan di sini..namun entahlah...setiap kali aku cuma menulis di sini...setiap kali ini itu jugalah jari2 ku pantas menekan butang delete...rupa2nya sifat ku yang satu ini masih belum berubah...sukar meluahkan rasa dihati...aku juga insan biasa...terkadang ada jua yang tercuit dijiwa...huh!!! hidup perlu diteruskan...yang berlalu biarkan berlalu...
So, kawan2 semua...korang apa khabar...mudah2an korang semua dalam keadaan bahagia dan gembira selalu...sekiranya ada yg sedang berdepan dgn dugaan skrg ini...tabahlah menghadapi...Allah memberi dugaan kerana ingin menggantikan sesuatu yang lebih baik utk kita...bersabarlah...bagi yang sedang berbahagia pula...jangan terlalu terleka ye...
Bagi diriku pula...sedang cuba bangkitkan kembali semangat yang hilang...alhamdullilah aku kini kembali menulis...menyambung manuskrip yang terbengkalai beberapa ketika...
Berikan kami semua kekuatan dan ketabahan Ya Allah....Aminnn (^_^)

Sabtu, 19 Mac 2011

19/3/2011 @ Sunway Carnival Mall

Alhamdullilah...program temu mesra berjalan dengan sempurna...kepada yg datang...terima kasih byk2...mudah-mudahan program esok juga berjalan lancar..aminnn :-)

~ with kak syikin (novelis buku prima)...sama2 khusyuk dengar soalan dari Apai Zamani (wakil dari Karangkraf)..byk tanya sungguh dia...hahaha~
~with Mazlan & Nazri...thanks 4 ur support guys!~
~Mazlan-thanks sudi datang :) ~

Jumaat, 18 Mac 2011

Temu Mesra @ Penang

Jom pakat mai beramai-ramai (^_^)

Selasa, 15 Mac 2011

Ramai Yang Berkata...Tapi Ramai Yang Lupa Berkata...

Ramai yang berkata...
Jahat betul orang itu
Tapi ramai yang lupa berkata...
Astaghfirullah...betapa hebatnya dugaan duniawiMu

Ramai yang berkata...
Cantiknya bunga itu
Tapi ramai yang lupa berkata...
Masyaallah...betapa indahnya ciptaanMu.

Ramai yang berkata...
Comel betul bayi itu
Tapi ramai yang lupa berkata...
Subhanallah...betapa ajaibnya ketentuanMu

Ramai yang berkata...
Kaya betul dia itu
Tapi ramai yang lupa berkata...
Alhamdullilah...betapa nikmatnya rezeki kurniaanMu

Ramai yang berkata...
Dahsyatnya bencana itu
Tapi ramai yang lupa berkata...
Allahuakbar...betapa agungnya kuasaMu

Ramai yang berkata...
Aku adalah muslim
Tapi ramai yang lupa berkata...
Laillahaillallah...tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah

Basahilah bibirmu...
Siramilah jiwamu...
Astaghfirullah, MasyaAllah, Subhanallah, Alhamdullilah, Allahuakbar...
Laillahaillallah!


Herna Diana
15 Mac 2011
10.50mlm

Jumaat, 11 Mac 2011

Suka dan Duka...11 March 2011

Alhamdullilah...majlis temu mesra di Alor Setar berjalan lancar...syukur Allah mempermudahkan segalanya..kepada yg sudi datang, terima kasih byk2 :-)
Agak letih hari ini...drive pegi balik Bukit Mertajam - Alor Setar...tp tetap rasa happy :-)

Suka lawannya duka...dlm rasa gembira yg dikecapi...ada kabar duka...seluruh dunia dikejut sekali lagi dengan bencana tsunami...gempa bumi berskal 8.8 richter yg melanda Jepun...sekali lagi menghadirkan berita sedih pada isi dunia...

Pasti peristiwa 7 tahun lalu kembali mengetuk memori setiap insan di dunia ini...Allahuakbar...apa lagi agaknya kemungkaran yg manusia lakukan sehingga kekuasaan-MU Yang Maha Agung kembali Engkau tunjukkan kepada manusia yg sering lupa diri?

Dunia semakin ke penghujungnya...namun manusia semakin alpa...semakin tergoda dengan wayang duniawi ilham si iblis...natijahnya, Allah anugerahkan trofi yg terhebat utk kemenangan wayang ini...Astaghfirullah Al Azim...

Ya Allah...Kau ampunkan segala dosa hamba-hambaMU...

Ku lakarkan catatan ini bukan untuk bersyarah kepada sesiapa...sekadar peringatan buat diri sendiri...agar tidak terlalu taksub dengan nikmat duniawi...tetapkanlah hatiku terhadapMu dan agamaMu...Aminnn

Rabu, 9 Mac 2011

Temu Mesra @ Alor Setar


Peminat2 Cinta 3 Suku yg berada di Alor Setar dan kawasan sekitar...jemput dtg beramai-ramai ye Jumaat ni 11 March 2011..pukul 3ptg - 4ptg..di Popular Kompleks Star Parade...InsyaAllah ada bookmark Cinta 3 Suku istimewa utk korang semua (^_^)

Rabu, 2 Mac 2011

27 Feb 2011 ~ Memori Tercipta

Sekadar berkongsi gambar-gambar kenangan sekitar majlis reunion 27 Feb yg lalu. Kenangan indah bersama teman-teman waktu remaja, terpahat kukuh diingatan buat selamanya...

~ ramai lagi yg belum sampai time ambil gambar ni ~
~ aku, roslina, mazlan & nazri - sempat lagi posing depan kek reunion ~
~ haa...ni kek reunion kita orang...cantik kan? sponsor by hafiza hamid & azura ~
~ nor shuhana @ jerung pancit - salah seorang teman rapat ketika sekolah dulu ~

~ lagi teman-teman rapat ketika sekolah dulu - roslina, fahima, sarimah ~
~ yg ni pulak namanya shahida ~

~ agak2 masih mcm 17 tahun x??? hahaha~
~ mazlan - org kuat reunion begitu teruja dpt jumpa spongebob & patrick..hahaha ~
~ yg ni pulak namanya farah & hafiza ~

~ wahhh...dah mcm gaya cikgu besar pun ada jugak...hahaha ~







~ kenangan indah ~