CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 8 Julai 2011

Secebis lagi contengan C3S II...buat semua yg setia menanti =)

“Nia unya. Abang angan ambik,” Rania sudah mula merengek apabila mainannya dirampas abangnya. Rayyan hanya membalas dengan jeliran lidah. Nakal sungguh budak ni!
Si ibu saudara pula apa lagi, terus membulat sahaja matanya. “Ryan!”
“Ryan. Kenapa ambil adik punya? Ryan pun ada jugakan,” tegur Arie lembut. Rayyan hanya diam ditegur Arie
“Ryan ni kenapa nakal sangat sekarang ni?” Marah Iman.
“Iman,” lembut Arie melarang Iman dari terus memarahi Rayyan.
“Abang ni. Asal Iman buka mulut je abang larang. Abang manjakan sangat Ryan. Sampai jadi nakal macam ni,” Iman memarahi Arie pula.
“Aik! Abang pulak yang kena,” jawab Arie sambil tersengih nakal.
“Abang jangan nak sengih-sengih. Iman tengah marah ni.”
“Uuu...takutnya abang,” Arie makin giat mengusik. Anak-anak sudah mula pakat ketawa mengekek.
“Eii malaslah Iman nak layan abang dengan budak-budak ni. Menyakitkan hati sajalah,” ujar Iman lantas bangun dari duduknya.
“Eh! Nak pergi mana pulak ni?”Kalut Arie bertanya.
Toilet!
Arie hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat telatah isteri kesayangannya itu. Sejak mengandung ni, makin berangin Iman.
“Ryan bagi balik mainan adik,” arah Arie.
Rayyan buat perangai degil. Arahan Arie langsung tidak diendahkan. Rania masih merengek-rengek mahukan mainannya kembali.
“Ryan jangan la macam tu. Ryan baikkan. Bagi balik mainan adik okey,” pujuk Arie lagi.
Rayyan masih tidak makan pujuk. Arie mengeluh perlahan. Tercabar juga hatinya dengan kedegilan yang ditunjukkan Rayyan. Kepala yang tidak gatal digarunya.
“Kenapa Encik Paksu? Dah mati kutu dengan perangai anak saudara sulung kesayangan?” Sindir Iman yang baru kembali dari tandas.
“Amboi Puan Maksu. Bukan anak saudara sulung kesayangan awak juga ke?” Balas Arie tidak mahu kalah dengan sindiran isterinya. Izzati dan Insyirah ketawa mengekek mendengar kata-kata ibu dan ayah mereka.
“Kenapa gelak?” Iman menyoal anak-anaknya pula. Pantas kedua-duanya menutup mulut sambil menggeleng-gelengkan kepala. Hai, kalau dah kembar tu, kembar jugak. Serentak sahaja reaksi mereka.
************

Mereka terus melangkah keluar dari restoran makan segera itu. Seketika kemudian, telefon bimbit Iman berbunyi. Terus dia tercari-cari di dalam beg tangannya.
“Abang Razif,” beritahu Iman kepada Arie.
“Hello, assalamualaikum,” ujar Iman sebaik sahaja menekan punat hijau.
“Waalaikumusalam. Iman, abang ni,” sahut Dr. Razif.
“Iman tahu la abang. Takkan la Fahrin Ahmad pulak,” balas Iman sambil tergelak nakal. Arie disebelah sudah tergeleng-geleng kepalanya melihat telatah Iman. Dah jadi ibu pun perangai nakal tetap tak hilang!
Dr. Razif tergelak dihujung talian. “Iman ni tak habis-habis loyar buruk!”
“Ni telefon-telefon orang ni ada la tu,” tebak Iman.
“Hehehe…pandai la Iman. Macam mana tahu erk?”
“Eleh, sekali telefon berdering, Iman sudah tahu muslihat yang tersirat.” Wah! Hebatnya falsampah brutal mummy ni. Entah universiti manalah dia belajar. Ish…ish…ish…
“Err…abang nak minta tolong sikit boleh?”
“Hmm…dah agak dah.”
“Hehehe…abang nak bagitau ni. Abang dengan akak tak jadi balik hujung minggu ni. Maybe next week. Nak pergi second honeymoon,” beritahu Dr. Razif tergelak-gelak.
So what?” Wah! Kereknya Iman brutal ni.
“Errr…cam biasa la ek.”
“Huh!”
Please,” Dr. Razif memujuk.
“Abang ni kan…”
“Err…sambung syarahan lain kali boleh tak? Okey sayang. Bye.” Dr. Razif terus mematikan talian.
“Eiii…” Iman menjerit kecil melepaskan geram terhadap abangnya.
“Kenapa ni sayang?” Soal Arie.
“Abang Razif ni hah.”
“Kenapa?”
“Tak jadi balik hujung minggu ni. Sambung honeymoon!
Arie rasa hendak tergelak mendengar kata-kata Iman. Ish! Abang ipar aku ni pun. Sakan nak pi honeymoon pulak. Cayalah bro! Namun senyumannya terpaksa disembunyikan apabila melihat riak tidak puas hati isterinya.

13 ulasan:

hasfarina berkata...

salam,kak herna....
bile nk kuar...
x saba2 nak tunggu ag...

Don't Be Sad berkata...

hehe..rindunye kat iman..

Nur Diana berkata...

wah...xsabar betul nk tggu c3s 2nd series .
berdebar2...

Herna Diana berkata...

insyaAllah akak tgh usaha siapkan...sabar ye :)

aimi nadhirah berkata...

nanti cinta 3 suku ade sambungan ke?
kalau ade ape tajuh buku tu?

Herna Diana berkata...

cite ni sambungan C3S...tajuk akak belum fikir lagi...lepas siap nanti akak fikirkan :)

aimi nadhirah berkata...

nanti inform tau ?:)

WANIE (DIE HARD FANS WAWEWI) berkata...

arh..aaa...nanti kasi tahu tau tajuk cita nie..;)

Herna Diana berkata...

InsyaAllah...akak akan beritahu pada semua nanti :)

ItsMeBuddy! berkata...

nak baca! Novel nie nampak cam real la!

Herna Diana berkata...

sabar ye..tunggu kemunculan C3S II :)

kami zuzi ... berkata...

huhu,,, bestnye .. akan tunggu n beli .. cayala

syazana berkata...

x sbar nk bli novel ni....:)