CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 3 November 2012

Peraduan Oh, Mama Tiriku!

Assalamualaikum kawan2,
Hurrmmm sedar x sedar dah hampir sebulan OMT berada di pasaran. Hati HD masih dup dap dup dap...hahaha...sabar je la...inilah perasaan setiap novelis setiap kali novelnya menjengah pasaran...apapun harapan HD, mudah2an OMT masih mampu membuat anda terus tersenyum seperti C3S & AAK. InsyaALLAH :)
Ok hari ni HD nak cerita pasal Peraduan Oh, Mama Tiriku! Bagi yang dah beli OMT tu, jangan lupa sertai peraduan ni ye...senang je...main posing2 dgn OMT pastu tangkap gambar pastu email kat HD okies :)
Kalau ada apa2 pertanyaan ttg peraduan ni, sila la mesej HD ok...pakat2 sertai tau...semoga berjaya :)


Khamis, 27 September 2012

Oh, Mama Tiriku!

Buat teman2 yang setia menanti novel terbaru HD selama ini, HD kongsikan full cover OMT untuk tatapan anda semua. InsyaALLAH kalau tak ada aral melintang, novel ini akan menjengah pasaran pada bulan depan. (^_^)v

Sinopsis Oh, Mama Tiriku! (OMT)

Assalamualaikum,
Kali ini, HD paparkan sinopsis untuk novel ke-3 HD yg bertajuk Oh, Mama Tiriku! (OMT)
Secara dasarnya, kisah di dalam OMT tidak terlalu menumpukan kepada percintaan orang dewasa. OMT lebih menumpukan ttg kisah kenakalan & naluri kasih sayang kanak2. Cinta itu luas. Bukan hanya orang dewasa yang memerlukan cinta tetapi kanak2 juga memerlukan cinta dan kasih sayang. Inilah yang HD cuba paparkan dalam novel ke-3 ini.
OMT adalah rentetan dari kisah di dalam novel Cinta 3 Suku (C3S). Jika C3S memaparkan kenakalan Iman, OMT adalah kisah kenakalan 2 anak saudara Iman brutal yg comel, Rayyan dan Ain. Rayyan, nakalnya saling tak tumpah seperti Iman manakala adiknya, Ain pula sentiasa perasan dirinya comel. OMT masih mengekalkan genre yg sama seperti 2 novel HD yg terdahulu, santai & gila2. Semoga OMT mampu menghadirkan senyuman di wajah teman2 semua. (^_^)v

BLURB OH, MAMA TIRIKU! - HERNA DIANA

Dr. Razif masih sukar untuk melupakan arwah Suhaila walaupun sudah empat tahun isterinya pergi. “Tempat Suhaila tiada siapa yang dapat menggantikannya.”

Iman melancarkan satu misi. Misi mencari jodoh buat Dr. Razif! Diperkenalkan Zulaikha yang berbudi pekerti dan cantik paras ru...

pa kepada abangnya itu. Bagi Dr. Razif, dia macam ‘tak masuk’ dengan gadis itu.

Hidup Dr. Razif dan anak-anak jadi huru-hara apabila bertemu dengan Ekin. Apatah lagi Ekin yang menjaga Rayyan dan Ain. Ada sahaja yang mereka gaduhkan. Si Ekin ni dengan budak-budak pun nak berkira. Masing-masing sengaja cari pasal. Makin naik angin Ekin apabila kedua-dua budak yang dipanggil ‘toyol kecik’ itu memanggilnya ‘witch’!

Zulaikha atau Ekin? Dalam mengharungi kehidupan yang tidak seia dan tidak sekata, tanpa sedar ada rasa yang memikat hati Dr. Razif.

Sabtu, 22 September 2012

OMT! ~ Coming soon

Anda rindu dengan karya HD? Nantikan kemunculan OMT! tidak lama lagi
Alhamdullilah novel ke-3 HD sudah melepasi tapisan editor...InsyaALLAH jika tiada aral melintang, novel ke-3 ini bakal terbit tidak lama lagi. Bagi yang mengikuti blog HD pasti terbaca entri Magnet Cinta & Secebis lagi contengan...novel ke3 ini adalah dari cebisan entri tersebut...dan novel ini adalah rentetan dari Cinta 3 Suku...cuma tajuknya telah bertukar kepada OMT!
Anda tertanya-tanya apa itu OMT? Hehe...InsyaALLAH HD akan berikan tajuk sepenuhnya sedikit masa lagi...harap sabar menanti
Okey, HD akan update lagi nanti bila OMT sudah sedia memasuki pasaran (^_^)v

Jumaat, 17 Ogos 2012

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum teman-teman blog,
Akhirnya HD muncul kembali di blog ini. Ada yang rasa nak baling tomato ke muka HD tak? Kalau baling, HD sambut...hehehe
Jangan marah teman-temanku. HD mohon maaf byk2 atas kehilangan seketika. Bukan sengaja tapi terpaksa memberikan fokus kepada urusan bisnes dan dalam masa yang sama, HD perlu menyiapkan manuskrip utk novel ke-3.
Alhamdullilah akhirnya manuskrip itu siap juga. Sekarang dalam proses penilaian oleh pihak editor. Sama-sama doakan semoga ada rezeki utk manuskrip kali ini ye. InsyaAllah, HD akan kongsikan dengan teman-teman andai ada perkembangan terbaru mengenai novel ke-3 ini.
Di kesempatan ini, HD ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua teman. Andai ada tersalah tingkah, terkasar bicara dan tercuit rasa, HD dengan rasa rendah diri memohon maaf setulus hati. Bergembiralah seadanya di lebaran ini. Semoga kalian semua sentiasa dalam lindungan Ilahi (^_^)v

Isnin, 20 Februari 2012

Secebis lagi contengan...

BAB ##
Iman terjenguk-jenguk ke luar tingkap apabila telinganya menangkap bunyi riuh rendah di halaman rumah. Dia yang baru berkira-kira mahu bersantai sambil menonton Spongebob Squrepants, berasa terganggu dengan bunyi bising kanak-kanak.
“Apa sajalah yang dibisingkan budak-budak ni. Kacau aku nak tengok Spongebob je,” bebelnya sambil terintai-intai ke halaman rumah. Kerepek Chachos di tangannya disuapkan ke mulut. Laju sahaja mulutnya menguyah.
Matanya tersorot ke arah kumpulan kanak-kanak yang sedang bermain guli. Izzati, Insyirah, Rayyan dan Rania turut ada bersama. Sesekali terdengar suara mereka bertekak kecil apabila ada yang tidak puas hati.
“Mana aci. Hang lebih garisan,” protes salah seorang kanak-kanak itu.
“Mana ada,” kanak-kanak yang dituduh membela diri.
Pertengkaran kecil itu berlarutan beberapa ketika. Setelah puas bertekak, mereka kembali menyambung permainan. Begitulah kanak-kanak. Jika seminit yang lalu mereka bergaduh, sekarang sudah boleh bermain bersama semula bagaikan tiada apa yang berlaku.
Iman tersenyum melihat telatah anak-anaknya bersama kanak-kanaknya yang lain. Di hatinya terselit rasa bangga kerana anak-anaknya itu tidak kekok atau sombong untuk berkawan dengan anak-anak kampung itu. Walaupun mereka pulang ke kampung sekali-sekala, mereka berempat tidak segan silu bergaul dengan kanak-kanak yang lain.
Melihat kegembiraan kanak-kanak itu bermain, Iman teruja ingin bermain bersama. Sudah lama rasanya dia tidak bermain permainan itu. Namun sebahagian hatinya lagi kepingin untuk melayan rancangan kartun di televisyen. Hatinya mula menimbang-nimbang sendiri. Guli ke Spongebob? Guli ke Spongebob?
“Ooo...Spongebob makan guli!” Mulut Iman melatah laju bila terasa pinggang dipaut tiba-tiba. Terperanjat dia bukan kepalang. Kerepek chachos yang dipegang habis terburai ke tanah.
Terdengar ketawa Arie meletus dari arah belakangnya. Iman pantas berkalih ke belakang. Arie yang masih ketawa direnung tajam. Tangannya laju sahaja memukul-mukul dada Arie. Geram!
“Aduh! Sakitlah sayang oii. Apa main pukul-pukul ni,” kelam-kabut Arie menepis pukulan Iman.
“Abang ni suka sangat bagi Iman terkejutkan. Hah, rasakan.” Makin bertalu-talu pukulan Iman ke dadanya. Sakit weh!
“Mana ada. Abang cuma peluk Iman je,” Arie membela diri.
“Lain kali bagilah salam dulu. Boleh gugur jantung Iman macam ni tau,” marah Iman.
“Okey…okey. Abang buat balik ek.”
Iman pandang Arie dengan penuh hairan. “Apa yang abang nak buat balik?” Arie sekadar tersengih.
“Ehemm…ehemm. Assalamualaikum. Iman ready yer. Abang nak peluk Iman ni,” Arie buat lawak antarabangsa dengan isterinya. Dia tersengih nakal. Nampaknya ada orang sengaja cari nahas!
Iman membalas sengihan Arie. Tapi bukan sengihan nakal sebaliknya sengihan yang menjelaskan rasa geram di hatinya. Memang nak kena!
“Hahaha…antarabangsanya lawak itu,” Iman buat-buat ketawa sambil mengetap gigi.
Arie terus-terusan tersengih. Seronok sungguh rasanya dapat mengusik isterinya. Tapi dia tidak sedar yang isteri brutalnya itu sedang ligat mencari akal untuk mengenakannya kembali.
Otak Iman bekerja keras ketika ini. Begitu bersungguh-sungguh akalnya berusaha demi mencernakan idea-idea bernas untuk tuannya. Matanya pula meliar ke sekeliling. Entah apa yang dicarinya. Saat matanya jatuh ke tubuh Arie, senyumannya memekar. Semekar bunga Rafflesia di Gunung Kinabalu. Ting! Mentol di kepala sudah menyala. Hehehe…
“Hmmm…malaslah nak layan abang ni. Suka kenakan Iman,” Iman berpura-pura merajuk.
Arie tersenyum kemenangan. Rasa puas kerana kali ini isterinya mati kutu untuk melawan kenakalannya. Pergerakan Iman yang melintasnya diperhatikan dengan senyum yang tidak sudah-sudah.
Tetapi itu hanyalah sementara. Senyumannya mati tiba-tiba apabila terasa ada sesuatu yang sedang melorot jatuh dari tubuhnya. Rupa-rupanya Iman sudah mengenakannya kembali tanpa dia sempat mengesan taktik isterinya. Simpulan tuala yang membaluti tubuh Arie telah ditarik oleh Iman ketika dia melintas tadi. Kelam-kabut Arie menangkap tuala yang hampir jatuh itu. Fuh! Nasib baik sempat. Kalau tidak mahu cerah dunia!
Iman ketawa terbahak-bahak. Puas hatinya dapat membalas dendam. Nak sangat kenakan Iman brutal yang comel. Rasakan kehebatan penangannya.
“Uish! Lawak kasar nampaknya sayang ni,” Arie kegeraman.
Iman ketawa jahat lagi. Dengan angkuh dia berkata, “makanya sila ambil ikhtibar ye. Kalau nak kenakan Iman brutal yang comel ni, sila pastikan anda mantap dengan segala ilmu sakat menyakat.”
Arie mendengus geram. Iman membalas dengan mengeyit nakal pada Arie. Langkahnya sudah bersedia mahu menapak turun ke bawah.
“Hah! Nak ke mana pulak tu?” Soal Arie.
“Nak join budak-budak tu main guli!”
“Apa?”
Iman sengih sambil berlalu turun. Arie tepuk dahi. Mengucap panjang dia. Apalah nak jadi dengan bininya itu. sudahlah besar panjang, tambah pula dengan diri yang sarat mengandung, ada hati nak main guli lagi. Dengan budak-budak pula tu!

Isnin, 23 Januari 2012

Sekebun Bunga Cinta

Hai korang..hehe..jumpa lagi...ada baik ka semua? mudah2an semuanya baik2 saja ye :)
ok kali ni HD nak merepek apa? hahaha..seperti yg HD janjikan dlm entri yg lepas...kali giliran novelis & blogger pames LIYANA ZAHIM jadi bahan review...hehehe...bukan review tuan punya badan..review novel dia jer...hahaha

ok korang nampak tajuk kat atas tu? haaa...tu la tajuk novel ke-2 milik Liyana Zahim...nasib baik sekebun jerr...kalau satu ladang mau jenuh pusing nak cari cinta...hahahaha

sebelum cite panjang...meh kita tgk cover novel dia dulu nooo....ni gambar kat bawah ni...

hahaha..tu dia memang sekebun pun...paling menarik perhatian korang mesti patung boye tu kan...hahaha ekceli ni mmg kisah si boye bernama Faris Aqiel a.k.a Bujang Sudin...cite ni peringkat permulaan memang kelakar abis...bila dah masuk pertengahan baru la bunga-bunga sikit...Faris ni masih belajar kat UM dlm jurusan Seni Bina....coursemate dia yang bernama Airis Jasmyn...merupakan musuh ketatnya...pantang jumpa...bergaduh dah macam babun dalm hutan...gelaran Bujang Sudin tu pun si Jasmyn ni la yg bagi..

tapi mcm HD selalu ckp la..jgn suka sgt benci org..takut2 nanti bertukar sayang...macam tu la dgn si Faris ni...alkisahnya terjatuh sayang pulak pada si Jasmyn ni...minah yg dia gelar kaki rempit pakai skuter...oh ye lupa nak cite...dlm cite ni Jasmyn ni ada skuter...konsepnya kaler pink bunga tabur...cuba korang bayangkan macam mana rupanya...tp dlm fikiran HD rasa2nya adalah lebih kurang skuter peraduan Impian Illiyana dulu kot..hahahaha...

ok berbalik pada cite novel ni...akhirnya Faris ambil keputusan nak luahkan perasaannya pada Jasmyn..lokasinya kat Bukit Belacan...tapi sayang seribu kali sayang...jawapannya diterima hanya kepulan asap skuter Jasmyn...eksyen gila minah ni...jual mahal betol..sedangkan dlm hati dia pun sayang gak kat Faris ni...tp ketegaq,....konon pegang konsep kawan selamanya

Faris yang kecewa bawa hati yg lara ke New Zealand...sambung belajar kat sana...di sana dia berjumpa dgn seorang gadis bernama Zara Yumna...akhirnya mereka jadi kawan rapat..tp dlm hati Faris ttp ingat si Jasmyn ni...sehingga pulang ke Malaysia...Zara ni pula disahkan mengidap SLE....tahap kronik...Faris yg simpati terus buat keputusan kahwin dengan Zara...Jasmyn kecewa tahap gaban sbb bila dia luahkan perasaannya pada Faris...juga di Bukit Belacan...Faris menolak...

Tapi takdir penentu segalanya...Zara meninggal pada hari pernikahan...dan sempat mewasiatkan supaya Faris bernikah dgn Jasmyn...tp Faris bawa diri sekali lagi ke New Zealand...tapi akhirnya tetap happy ending...Faris dan Jasmyn tetap berkahwin..kerana di hati Faris mmg hanya ada Jasmyn..

haaa...gitulah lebih kurang citenya...menarik kan? oh ye...dlm novel ni secara peribadi part yg paling HD suka..masa tu dia org lepak2 kat Starbucks Berjaya Times Square...masa ni Faris dan Jasmyn dah jadi kawan baik...best sgt masa Jasmyn bagi hadiah kat Faris...patung boye kaler hijau...Bujang Sudin the crocodile...tak silap HD bab 37 :)

so korang semua yg belum dapatkan novel ni..boleh la beli ye...menarik ceritanya :)

lepas ni x tahu la novel mana pulak yg jadi mangsa review HD...hehehe...lepas abis Sekebun Bunga Cinta...HD belum baca novel lain lagi...masih ada beberapa buah yg belum HD baca...kembali fokus kepada manuskrip yg belum siap...hehehhe...tp InsyaAllah kalau ada novel baru yg HD baca...HD pasti akan kongsikan dgn korang semua ok...

ok sampai sini dulu...tgh malam nanti HD akan bertolak ke KL lagi..doakan perjalanan HD selamat ye...hujung minggu nanti jangan lupa ke karnival karangkraf di seksyen 15 shah alam...InsyaAllah HD akan ke sana 28hb nanti...harap2 kita boleh bertemu :)

sampai jumpa lagi dlm entri akan datang...jaga diri baik2 ok...bubye...wassalam :)

Sabtu, 14 Januari 2012

NUR - Mahar Setulus Hati

Hai korang...jumpa lagi ye..hehehe
Korang tengok tajuk entri kali mesti korang ckp...macam pernah ku lihat tajuk ni kan...hahaha betul la tu...ni novel terbaru dari novelis Ayu Emelda...tp kali ni novel ni diterbitkan dibawah label NUR...tetiba HD rasa nak cite sikit pasal novel...walaupun dlm sibuk2 nak siapkan manuskrip...bila bijik mata HD naik juling menaip...koleksi novel2 HD akan diterpa...buat release tension kejap..hehehe

Ok berbalik kepada Mahar Setulus Hati...sejujurnya inilah novel NUR pertama yang HD beli dan baca...muahahahahha kalau tahu dek novelis2 NUR yg lain spt Kak Raihan Zaffiya...harus dapat penampo jawa bak kata Liyana Zahim...ampun kak..hehehehe

HD beli novel ni pun secara kebetulan masa saje2 melilau kat Giant Batu Caves...ada sebuah kedai buku dlm tu...apa namanya HD kurang ingat...tp kalau tak silap...SMART Bookstore...kalau silap nasib la..hahahahaha

HD tertarik untuk membeli novel NUR ni sbb dah banyak kali dengar rungutan...yg novel2 koleksi NUR kurang mendapat sambutan dari peminat novel...so HD beli dan nak tahu sendiri apa sebenarnya cerita2 dlm koleksi novel NUR...secara asasnya kita tahu novel2 NUR lebih bercorak islamik...

Setelah selesai membaca Mahar Setulus Hati...apa yg HD dapati x ada apa yg kurang pun antara novel2 biasa ALAF 21 dgn NUR...cerita ttp segar...ttp bersahaja...ttp berkualiti...

Bagi diri HD sendiri...novel2 NUR akan turut menjadi pilihan HD selepas ni bersama-sama novel yg lain...mungkin ramai yg teragak-agak untuk membeli novel NUR...tp percayalah novel2 NUR ttp sesegar novel2 yg lain di bawah ALAF 21...so korang semua tak perlu teragak-agak untuk membelinya ok :)

Buat Kak Ayu Emelda...tahniah untuk Mahar Setulus Hati...memang menarik ceritanya...memang padat pengisiannya...kisah ttg betapa pentingnya menghormati ibubapa...dan betapa kita tidak boleh kufur nikmat dengan segala pemberian ALLAH...andai Dia mahu menarik balik...sekelip mata tiada kuasa yg dapat menghalang...insaf huhuhu...

Kat bawah ni..HD kongsikan sedikit cover2 novel NUR...mungkin ada yg tertinggal...tp korang boleh saja cari koleksi2 NUR di kedai2 buku...atau di Karangkraf Mall...buat rakan2 novelis NUR...semoga terus berjaya buat anda semua..InsyaAllah :)



Ok sekarang HD dalam pembacaan novel Sekebun Bunga Cinta karya Liyana Zahim...ni covernya...kisah si boye bernama Bujang Sudin...herherherher...

Novel ni dah berbulan dalam simpanan HD...sebelum ni tak ada kesempatan nak baca...baru kini ada masa...sorry ye Liyana Zahim sbb baru nak baca novel awak (walaupun dlm hati dpt rasa...Liyana Zahim tgh senam2 kan tapak tangannya sbb nak kasi lempang tahap babun kat HD...hahahahhaa)....InsyaAllah selesai sahaja pembacaan...HD akan buat review novel ni pula...bukan apa sekadar mahu berkongsi novel2 yg HD baca dengan anda...sementara HD nak ada novel baru... lebih baik kongsikan novel2 menarik dari rakan2 novelis yg lain kan :)

Hurmmm...hari ni sabtu...dah nak dekat kul 2 ptg ni...rase2 nak layan hindustan la ptg ni...ada shah rukh khan wehh...hahahahha...sampai jumpa lagi dalam coretan akan datang...jaga diri semua...bubye :)

Isnin, 9 Januari 2012

Catatan 9 Jan 2012

haii semua...kali ni HD nak berkisah tentang apa ye?
tentang perkembangan C3S II...alhamdullilah setakat ini berjalan lancar...HD masih meneruskan penulisan...sesungguhnya menyiapkan sebuah manuskrip bukanlah mudah...harap anda semua yang ternanti-nanti...terus sabar menunggu ye (^_^)
skrg ni HD berada di Penang...baru semlm pulang ke kampung setelah seminggu di KL menguruskan pembukaan gerai food court milik HD...alhamdullilah seminggu berlalu dgn lancar dan seperti yg diharapkan...semoga ianya berterusan...anda semua jemput2 lah singgah di gerai HD ye...
bagi yg berminat untuk dapatkan novel2 HD...anda juga boleh dapatkan di gerai HD ye...ada dijual di sana (^_^)
seminggu berada di gerai, pelbagai kenangan diperolehi...ada yang perasan gerai tu milik HD...ada juga yg tidak...macam2 ragam bila dapat tahu yg berdiri di hadapan mereka adalah HD... sampaikan ada yg terlompat sudu dari mangkuk bila HD kata "akaklah Herna Diana"...hahahha...kenangan2 manis yang takkan HD lupa (^_^)
ok sampai sini dulu...sampai jumpa lagi di catatan akan datang...jaga diri baik2 ye (^_^)

Ahad, 1 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Assalamualaikum...apa khabar teman2 blog tersayang? Moga semuanya dalam keadaan sihat dan gembira. Entri pertama HD di tahun baru :) .....lama HD menyepi dari blog ini tanpa sebarang entri utk tatapan kalian semua...HD mohon maaf...tuntutan tugas memerlukan HD lebih memberikan tumpuan di sana...malahan FB pun sudah tidak seaktif dahulu...huhuhu
Bagi yang sering mengikut perkembangan di FB HD pasti perasan yang HD sudah tidak aktifkan wall...tp jangan bimbang...itu hanya sementara...InsyaAllah selesai sahaja tumpuan HD pada tugasan...HD akan kembali aktif seperti biasa....mohon kalian semua memahami...terima kasih :)
Ada yang tertanya-tanya apa tugasan yg HD maksudkan agaknya? Hehehe...sebenarnya HD dalam usaha untuk menyiapkan manuskrip novel ke-3...sebelum dikejar editor, lebih baik HD siapkan cepat hehehe...so doakan HD terus diberikan ilham agar segera dapat menyiapkan manuskrip ini.
HD tahu ramai yang tertunggu-tunggu entri seterusnya untuk C3S 2nd series...tapi izinkan HD siapkan terlebih dahulu manuskripnya ye...InsyaAllah dah siap nanti...HD akan kongsikan serba sedikit rencah di dalam C3S II....sementara itu harap semuanya terus sabar dan setia menanti ye :)
InsyaAllah sekiranya ada berita yang ingin HD kongsikan bersama kalian....HD akan coretkan di blog ni...mungkin HD akan lebih aktif di blog buat seketika supaya kalian tidak terasa kehilangan HD...dan juga merindui HD barangkali...hahahahaha....ada yg akan rindukah???? :p
Oh ye...ada satu berita yang ingin HD kongsikan...petang ini HD akan bertolak ke KL....alhamdullilah ada rezeki untuk HD...InsyaAllah kalau tiada aral melintang....3hb Jan 2012....gerai food court yang HD usahakan akan mula beroperasi...bagi yg tinggal di sekitar KL atau yang singgah ke KL...jemputlah datang ke gerai food court HD ye...ANEKA SOTO CORNER HERNA DIANA, gerai no.5, Food Court Bangunan EON Bank, Jalan Raja Laut.
Doa kalian HD harapkan semoga apa yang HD usahakan ini membuahkan hasil :)
Ok lah...rasanya panjang entri HD kali ni...sampai di sini dahulu...ada kesempatan kita bersua lagi dalam entri yang akan datang....HD doakan kalian semua dalam keadaan baik2...jaga diri...semoga segala yang baik akan menjadi milik kalian...sama2 berdoa semoga kita sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Ilahi.
Sayang kalian semua...muaahhhh!!! :)

Wassalam,
Herna Diana
9.54am
1 Jan 2012