CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 20 Februari 2012

Secebis lagi contengan...

BAB ##
Iman terjenguk-jenguk ke luar tingkap apabila telinganya menangkap bunyi riuh rendah di halaman rumah. Dia yang baru berkira-kira mahu bersantai sambil menonton Spongebob Squrepants, berasa terganggu dengan bunyi bising kanak-kanak.
“Apa sajalah yang dibisingkan budak-budak ni. Kacau aku nak tengok Spongebob je,” bebelnya sambil terintai-intai ke halaman rumah. Kerepek Chachos di tangannya disuapkan ke mulut. Laju sahaja mulutnya menguyah.
Matanya tersorot ke arah kumpulan kanak-kanak yang sedang bermain guli. Izzati, Insyirah, Rayyan dan Rania turut ada bersama. Sesekali terdengar suara mereka bertekak kecil apabila ada yang tidak puas hati.
“Mana aci. Hang lebih garisan,” protes salah seorang kanak-kanak itu.
“Mana ada,” kanak-kanak yang dituduh membela diri.
Pertengkaran kecil itu berlarutan beberapa ketika. Setelah puas bertekak, mereka kembali menyambung permainan. Begitulah kanak-kanak. Jika seminit yang lalu mereka bergaduh, sekarang sudah boleh bermain bersama semula bagaikan tiada apa yang berlaku.
Iman tersenyum melihat telatah anak-anaknya bersama kanak-kanaknya yang lain. Di hatinya terselit rasa bangga kerana anak-anaknya itu tidak kekok atau sombong untuk berkawan dengan anak-anak kampung itu. Walaupun mereka pulang ke kampung sekali-sekala, mereka berempat tidak segan silu bergaul dengan kanak-kanak yang lain.
Melihat kegembiraan kanak-kanak itu bermain, Iman teruja ingin bermain bersama. Sudah lama rasanya dia tidak bermain permainan itu. Namun sebahagian hatinya lagi kepingin untuk melayan rancangan kartun di televisyen. Hatinya mula menimbang-nimbang sendiri. Guli ke Spongebob? Guli ke Spongebob?
“Ooo...Spongebob makan guli!” Mulut Iman melatah laju bila terasa pinggang dipaut tiba-tiba. Terperanjat dia bukan kepalang. Kerepek chachos yang dipegang habis terburai ke tanah.
Terdengar ketawa Arie meletus dari arah belakangnya. Iman pantas berkalih ke belakang. Arie yang masih ketawa direnung tajam. Tangannya laju sahaja memukul-mukul dada Arie. Geram!
“Aduh! Sakitlah sayang oii. Apa main pukul-pukul ni,” kelam-kabut Arie menepis pukulan Iman.
“Abang ni suka sangat bagi Iman terkejutkan. Hah, rasakan.” Makin bertalu-talu pukulan Iman ke dadanya. Sakit weh!
“Mana ada. Abang cuma peluk Iman je,” Arie membela diri.
“Lain kali bagilah salam dulu. Boleh gugur jantung Iman macam ni tau,” marah Iman.
“Okey…okey. Abang buat balik ek.”
Iman pandang Arie dengan penuh hairan. “Apa yang abang nak buat balik?” Arie sekadar tersengih.
“Ehemm…ehemm. Assalamualaikum. Iman ready yer. Abang nak peluk Iman ni,” Arie buat lawak antarabangsa dengan isterinya. Dia tersengih nakal. Nampaknya ada orang sengaja cari nahas!
Iman membalas sengihan Arie. Tapi bukan sengihan nakal sebaliknya sengihan yang menjelaskan rasa geram di hatinya. Memang nak kena!
“Hahaha…antarabangsanya lawak itu,” Iman buat-buat ketawa sambil mengetap gigi.
Arie terus-terusan tersengih. Seronok sungguh rasanya dapat mengusik isterinya. Tapi dia tidak sedar yang isteri brutalnya itu sedang ligat mencari akal untuk mengenakannya kembali.
Otak Iman bekerja keras ketika ini. Begitu bersungguh-sungguh akalnya berusaha demi mencernakan idea-idea bernas untuk tuannya. Matanya pula meliar ke sekeliling. Entah apa yang dicarinya. Saat matanya jatuh ke tubuh Arie, senyumannya memekar. Semekar bunga Rafflesia di Gunung Kinabalu. Ting! Mentol di kepala sudah menyala. Hehehe…
“Hmmm…malaslah nak layan abang ni. Suka kenakan Iman,” Iman berpura-pura merajuk.
Arie tersenyum kemenangan. Rasa puas kerana kali ini isterinya mati kutu untuk melawan kenakalannya. Pergerakan Iman yang melintasnya diperhatikan dengan senyum yang tidak sudah-sudah.
Tetapi itu hanyalah sementara. Senyumannya mati tiba-tiba apabila terasa ada sesuatu yang sedang melorot jatuh dari tubuhnya. Rupa-rupanya Iman sudah mengenakannya kembali tanpa dia sempat mengesan taktik isterinya. Simpulan tuala yang membaluti tubuh Arie telah ditarik oleh Iman ketika dia melintas tadi. Kelam-kabut Arie menangkap tuala yang hampir jatuh itu. Fuh! Nasib baik sempat. Kalau tidak mahu cerah dunia!
Iman ketawa terbahak-bahak. Puas hatinya dapat membalas dendam. Nak sangat kenakan Iman brutal yang comel. Rasakan kehebatan penangannya.
“Uish! Lawak kasar nampaknya sayang ni,” Arie kegeraman.
Iman ketawa jahat lagi. Dengan angkuh dia berkata, “makanya sila ambil ikhtibar ye. Kalau nak kenakan Iman brutal yang comel ni, sila pastikan anda mantap dengan segala ilmu sakat menyakat.”
Arie mendengus geram. Iman membalas dengan mengeyit nakal pada Arie. Langkahnya sudah bersedia mahu menapak turun ke bawah.
“Hah! Nak ke mana pulak tu?” Soal Arie.
“Nak join budak-budak tu main guli!”
“Apa?”
Iman sengih sambil berlalu turun. Arie tepuk dahi. Mengucap panjang dia. Apalah nak jadi dengan bininya itu. sudahlah besar panjang, tambah pula dengan diri yang sarat mengandung, ada hati nak main guli lagi. Dengan budak-budak pula tu!

2 ulasan:

ezzy berkata...

so sweet... iman maintain 3 suku dia & arie pn dh lbh krg mcm iman... hehehe... suka3.... <3 iman & arie <3

fatin ila berkata...

yup so sweet...akak buat lah smbgan cnta 3 suku :)